Isu Kedai Nasi Ayam Tiada Sijil Halal, Ini Respons Pekerja

Peniaga nasi ayam dan itik telah menjadi bualan ramai di media sosial baru-baru ini selepas dia didakwa telah memasuki sebuah kedai makan bukan halal di Paya Terubong, Pulau Pinang untuk mengambil bekalan makanan mereka.

Peniaga itu turut didakwa telah menjual nasi ayam dan itik yang disediakan oleh restoran tidak halal itu kepada pelanggan Muslim di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Sumber: Lobak Merah

Memetik laporan Kosmo Digital, kedai yang menjual nasi ayam dan itik berkenaan mempunyai dua cawangan iaitu di sebuah pusat beli-belah dekat Persiaran Gurney dan Sungai Ara disahkan tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) iaitu Mohd. Hanif Omar @ Wahab berkata pemilik premis berkenaan dinasihatkan untuk memohon SPHM daripada JHEAIPP.

“Hasil siasatan JHEAIPP pada Isnin lalu mendapati kedai nasi ayam dan itik di Sungai Ara yang dimiliki seorang lelaki Muslim tidak dibuka.

Siasatan lanjut mendapati pemiliknya juga turut memiliki restoran nasi ayam dan itik di sebuah pusat membeli-belah di Persiaran Gurney. Premis itu dikongsi bersama seorang lelaki bukan Islam.

Hasil siasatan JHEAIPP bersama Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) mendapati makanan yang dimasak di premis di pusat membeli-belah ini turut dibawa untuk dijual di kedainya di Sungai Ara dan kedua-dua premis ini tidak memiliki SPHM,” ujarnya.

Sumber: Oh Bulan

Sementara itu, dua pekerja lelaki yang tular dalam video sebelum ini tampil membuat permohonan maaf di TikTok sekiranya tindakan mereka memasuki kedai bukan halal di Paya Terubong telah menimbulkan keraguan orang ramai.

“Orang jadi waswas dan marah kerana nampak kami drop barang dekat kedai itu. Ya memang hari itu kami minta maaf memang salah kami sebab tinggal barang dekat situ dan minta tolong mereka basuh. 

Biasanya kalau makanan tak habis macam nasi ke ayam ke atau itik, memang kami bagi dekat kedai itu. Mereka memang minta tulang ataupun nasi ke kerana mahu bagi makan dekat anjing macam itulah.

Dakwaan kami ambil bekalan makanan dari situ memang tidak betul sebab kami dan pekerja lain masak sendiri serta semuanya Melayu. 

Dulu kami kerja dengan dia (pemilik premis bukan Islam) dalam kilang. Dia juga jual nasi ayam dan itik. Dari situ kami belajar resipi nasi ayam.

Kalau siapa yang ada lalu ataupun ternampak kami dekat kedai itu, ya memang kami. Tapi tujuan kami pergi situ sebab nak tukar duit baki (duit kecil) tetapi kalau restock nasi, ayam dan itik memang tak ada,” jelasnya.

Anda boleh tonton video penuh di sini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca