Sebuah hantaran di Facebook telar tular apabila pihak Jabatan Kerja Raya Miri, Sarawak merasmikan sebuah jambatan kayu yang menelan belanja sehingga RM50,000.
Melalui salah satu hantaran di Facebook, Corporate Communication JKR Sarawak menunjukkan perasmian jeti baharu Kampung Mutap yang telah diadakan pada 6 April 2022 yang lalu.
Jambatan ini dikatakan bernilai ‘premium’ dan bakal menggantikan jeti lama yang mengambil masa sehingga hampir sebulan untuk disiapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya iaitu bermula pada 7 Mac 2022 dan siap pada 1 April 2022.
“Projek RTP DUN N.71 Bekenu, Bina Baru Jeti Kampung Mutap merupakan salah sebuah projek di bawah seliaan JKR Miri dengan kos projek berjumlah RM50,000.00. Skop kerja bagi projek tersebut adalah pembinaan jeti 1m lebar x 15m panjang.”
50k for that…..yesss 50k…RM50,000 pic.twitter.com/CA1xqOnR5V
— Tuai Rumah Kitai (@TuaiRumahKitai) April 10, 2022
“Dengan siapnya jeti ini, ianya akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu untuk menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke Pasar Bekenu,” katanya.
Hantaran ini telah mendapat pelbagai reaksi yang kurang enak daripada netizen. Jambatan yang bernilai ‘premium’ ini dianggap tidak berbaloi oleh netizen kerana tidak kena pada harganya.
“RM 50K ya. Beli kayu, upah Bangla etc. Less rm20k. Balance? Administrative cost, consultant fee etc.”
“Sepatutnya, kos 50k dah boleh buat sebuah jeti konkrit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan, tak pun sebuah jambatan simple dengan penghadang yang boleh sampai ke tebing sungai sana,” kata netizen yang lain.
Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: