Isu Ikan Siakap Langkawi Berharga RM1,197, Ini Penjelasan Pemilik Restoran

Baru-baru ini, perkongsian seorang lelaki menjadi bualan ramai di media sosial apabila beliau didakwa ‘terpaksa’ membayar RM1,196.80 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram ketika bercuti di Langkawi.

Dalam gambar yang dikongsikan oleh lelaki berkenaan, anda dapat lihat jumlah keseluruhan bil termasuk hidangan makanan dan minuman lain mencecah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan.

Individu terbabit akui berasa terkejut apabila melihat resit dan menasihati pihak restoran untuk tidak menghidangkan ikan sebesar itu untuk tujuh orang makan.

Tidak berhenti di situ, lelaki itu juga menyampaikan beberapa teguran lain kepada restoran tersebut dan juga meminta agar orang ramai berhati-hati agar tidak ‘terkena’ seperti dirinya.

Selepas isu tersebut tular di media sosial, pemilik restoran itu yang dikenali sebagai Norasyikin Musa tampil memberikan penjelasan sebenar tentang harga seekor ikan siakap di restorannya yang dikatakan begitu mahal.

Memetik laporan Harian Metro, Norasyikin berkata beliau telah menerangkan kepada pelanggan tentang saiz ikan yang besar pada hari kejadian. Hal ini demikian kerana ikan siakap berkenaan tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran sahaja.

Beliau juga telah mencadangkan kepada pelanggan tersebut dan ahli keluarganya untuk mengambil ikan lain yang berada di dalam petak untuk pesanan makanan iaitu ikan merah atau kerapu kerana saiznya yang kecil dan lebih sesuai untuk dijadikan hidangan.

“Pihak pelanggan masih lagi insist untuk ambil siakap yang dipelihara dalam sangkar walaupun telah diberitahu ikan tersebut bersaiz mega. Apabila pihak kami telah tangkap siakap tersebut menggunakan tali pancing dan panggil beliau supaya melihat saiz ikan semasa beliau di meja makan, pelanggan itu tidak mahu berbuat demikian. Beliau meminta kami proceed dengan pesanannya.

Berkenaan dengan anggaran saiz yang ditunjukkan oleh pihak kami yang dikatakan memanipulasikan saiz ikan, kami telah menganggarkan ikan tersebut dan menunjukkan anggaran saiz ikan memang besar. Disebabkan itu, pelanggan ambil seekor ikan sahaja tetapi beliau masih lagi proceed untuk order,” jelasnya.

Norasyikin turut menjelaskan harga bagi ikan siakap itu juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram.

Selain itu, Norasyikin turut menjelaskan bahawa pihak restoran tidak mengenakan caj tambahan bagi pembayaran melalui kad kredit seperti yang didakwa.

Anda boleh lihat penjelasan penuh pemilik restoran itu di bawah.

Sumber: The Vocket

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca