Isu Hina Kemaluan Isteri Berbau Persis Ikan Masin, Fairuz Masih Belum Boleh Maafkan Bekas Suami

Setelah hampir sebulan mendekam dalam penjara berhubung isu ikan masin, pelakon Indonesia iaitu Galih Ginanjar akhirnya tampil dengan permohonan maaf terhadap isterinya menerusi sepucuk surat yang dicoretnya di balik jeriji besi.

Surat tersebut kemudiannya dibacakan oleh isteri Galih iaitu Barbie Kumalasari di hadapan petugas media dekat Balai Polis Metro Jaya, Jakarta Selatan pada 30 Julai lepas.

Namun begitu, isi yang tertulis dalam surat tersebut tidak mampu mengubati luka di hati Fairuz A Rafiq yang bagaikan dirobek apabila bekas suaminya itu sebelum ini membuka cerita tentang peribadi mereka secara terbuka termasuklah mengaibkannya dengan mendakwa bahawa kemaluannya berbau persis ikan masin.

Malah, isi kandungan surat itu membuatkan kemarahan Fairuz semakin membuak-buak seolah-olah gunung berapi yang hampir meletus.

“Selama ini saya dizalimi, selama ini maruah saya diinjak-injak, harga diri saya sebagai perempuan dipermainkan dan selama ni saya diam sahaja,” kata Fairuz seperti dipetik Liputan 6.

Jelaslah bahawa sepucuk warkah itu masih belum mampu membuatkan Fairuz memaafkan bekas suaminya itu. Pada masa yang sama, Fairuz turut mempersoalkan kenapa permohonan maaf itu tidak dilakukan lebih awal?

Fairuz yang berusia 33 tahun itu memberitahu bahawa hatinya kuat mengatakan permohonan maaf dibuat Galih langsung tidak menunjukkan lelaki itu benar-benar ikhlas.

Kata-kata Galih yang tertulis di helaian surat itu sendiri sebenarnya mempengaruhi Fairuz untuk tidak memaafkannya. Di dalam suratnya itu, Galih sempat mempromosikan album baharu yang akan dilancarkan selepas dia bebas dari penjara kelak.

Umum rancangan untuk merakam lagu baharu

Tindakan Galih yang mengambil kesempatan tidak kena dengan masa itu membuatkan Fairuz mengucap panjang.

“Astaghfirullah. Baru sedar bahawa surat itu isinya bukan fokus mahu minta maaf. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memaklumkan kepada saya,” coretnya di Instagram.

Untuk rekod, Galih berhasrat untuk mengembangkan kariernya dalam bidang seni suara meskipun dia cukup terkenal sebagai pelakon sinetron.

Isi kandungan surat permohonan maaf Galih terhadap Fairuz

Dalam surat tersebut, Galih ada menyebut yang dia sangat menyesal kerana mendatangkan malu kepada bekas isterinya itu.

“Saya minta maaf atas kekhilafan saya hingga mengakibatkan maruah Fairuz tercalar,” katanya.

Dalam surat yang sama, Galih kemudian beralih bercerita perihal kariernya dengan mengatakan bahawa meskipun ditahan di penjara, dia masih mampu berkarya.

“Saat ini saya sangat bahagia kerana diberi kekuatan oleh Allah hingga saya dapat berkarya. Selama menjalankan ujian di Pusat Tahanan Polis Daerah Metro Jaya, saya telah berjaya menulis beberapa lagu.”

“Insya-Allah, selepas bebas daripada masalah ni, saya akan membuat dan merakam album kompilasi bersama Kaka, vokalis dari KK Band dan isteri saya, Barbie,” coretnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca