Isu Golongan ‘Kayangan’, Naim Daniel Cipta Lagu Khas Untuk Mereka

Kisah-kisah yang dikongsi mengenai golongan ‘kayangan’ yang masih lagi menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini ternyata mencuri perhatian penyanyi dan pelakon terkenal, Naim Daniel sehingga selebriti itu mencipta lagu khusus untuk mereka.

Bagi yang masih keliru, golongan ‘kayangan’ ialah gelaran yang diberikan kepada individu yang baru pulang dari luar negara tetapi demand layanan kelas pertama daripada petugas barisan hadapan.

Namun, apa yang lebih menimbulkan kemarahan orang ramai ialah segelintir daripada mereka didakwa bercakap kasar dan turut meninggikan suara kepada frontliners.

Naim berkata menerusi sebuah coretan di laman Instagram miliknya, “Saya minta maaf kepada semua kerana berehat selama dua hari daripada membuat lagu untuk playlist Kerana Corona.

Saya terpanggil untuk buat lagu pada hari ini kerana ada isu tentang golongan ‘kayangan’ yang agak menggelikan bulu telinga saya.

Saya luahkan dalam lagu kerana saya tahu tidak ada banyak yang saya boleh lakukan sebagai rakyat Malaysia. Saya rasa seronok sekiranya pendengar boleh apply apa yang saya cuba sampaikan menerusi lagu ini.

Satu perkara yang saya pegang dalam hidup ini ialah Allah SWT akan permudahkan kerja kita sekiranya kita mudahkan kerja orang lain.”

Sementara itu, video berdurasi dua minit itu telah menerima 70,183 tontonan pada waktu artikel ini ditulis. Sebagai peringatan, tolong patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan setiap masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Naim Daniel, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca