Isu Gelar Diri Sendiri ‘Influencer’, Ini Reaksi Athalia Selepas Dikecam Teruk Warganet

Anak kepada penyanyi Sharifah Zarina iaitu Athalia menerima kecaman hebat daripada orang ramai baru-baru ini selepas menggelarkan dirinya sendiri sebagai seorang influencer dalam sebuah klip video yang tular di media sosial.

Athalia bagaimanapun menjelaskan bahawa influencer hanya satu kerjaya dan beliau merupakan seorang individu biasa yang menyumbang semula kepada komuniti menerusi platform media sosial.

Sumber: Instagram @officialathalia

Influencer hanya satu kerjaya. Walaupun saya berkata bahawa saya adalah seorang influencer, ia tidak mengubah apa-apa kerana saya masih seorang manusia biasa.

Terdapat ramai influencer yang hebat di Malaysia. Baik influencer atau artis, kami hanya melakukan kerja kami. Jangan buat andaian kerana saya tidak menggelarkan diri sendiri sebagai salah seorang daripada mereka.

Ia hanya merujuk kepada kerja yang saya buat dan itu tanggungjawab saya,” katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di platform TikTok pada Ahad. Video itu bagaimanapun telah dipadamkan daripada platform berkenaan.

Bagi yang masih keliru, Athalia memuat naik sepotong video di TikTok yang memaparkan dirinya jelas tersinggung dengan layanan pekerja dan servis di sebuah restoran hipster di ibu kota baru-baru ini.

Menerusi video berkenaan, Athalia mewakili dirinya dan keluarga tidak mahu individu lain berdepan nasib yang sama seperti mereka.

Sumber: Instagram @officialathalia

“Saya bersuara bukan sebab saya adalah seorang influencer tetapi kerana saya tidak mahu orang lain di luar sana kena juga seperti saya,” katanya dalam video berkenaan yang turut ditemani ibunya, Sharifah Zarina.

Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet memberikan reaksi yang negatif terhadap video tular berkenaan:

Apa pendapat anda berkenaan isu ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca