KONGSIKAN

Penjualan fake braces dilihat masih lagi berleluasa meskipun kini tular akan bahayanya tindakan tersebut. Jika dahulu pemakaian pendakap gigi dilihat sebagai sesuatu yang memalukan, kini pemakaian pendakap gigi dilihat sebagai satu trend atau fesyen dalam kalangan remaja.

Apakah fungsi pendakap gigi?

Fake braces atau pendakap gigi palsu digunakan untuk memperbetulkan kedudukan gigi individu bagi mengelakkan sebarang bentuk kompilasi yang lebih teruk. Hal ini kerana jika dibiarkan, ianya akan mengganggu dari proses pertuturan, pengunyahan makanan dan sebagainya.

 

 

Namun sikap sesetengah individu yang menggunakan khidmat ‘doktor gigi’ yang tidak bertauliah dalam pemakaian pendakap gigi pastinya mengundang risiko buruk. Hal ini kerana harga yang ditawarkan oleh ‘doktor gigi’ tersebut jauh lebih murah daripada khidmat klinik atau hospital.

Menurut Dr. Abu Razali Saini, beliau yang telah berkhidmat sebagai doktor gigi selama 20 tahun berkata prosedur pemasangan pendakap gigi di klinik pergigian kerajaan dan swasta amat ketat bagi mengelakkan jangkitan penyakit.

Antara risiko penyakit bagi pemakai pendakap gigi palsu ialah penyakit tibi dan hepatitis. Oleh itu pemakai pendakap gigi palsu dinasihatkan agar membuat pemeriksaan di klinik atau hospital bagi mengelakkan sebarang risiko penyakit.

 

 

Jadi, penulis nak nasihatkan sikit anak-anak muda yang asyik mengikut trend memakai braces ni. Tak salah untuk mengikut trend namun pastikan ia selamat dan yang paling penting dapatkan khidmat daripada doktor yang bertauliah ya!

 

Sumber: mStar Online