Penyanyi kumpulan wanita Dolla menjadi bualan ramai baru-baru ini selepas mendakwa telah ditahan oleh tiga individu yang disyaki menyamar sebagai polis.
Mereka telah ditahan oleh tiga orang lelaki misteri itu ketika sedang menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah selepas selesai latihan menari di Puchong, Selangor pada Selasa lalu.
Walau bagaimanapun, pihak polis telah menyangkal dakwaan wakil kumpulan yang dianggotai oleh Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya itu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Serdang iaitu Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata ketiga-tiga individu itu adalah anggota polis sebenar dan mereka sedang menjalankan tugasan pemantauan dan rondaan cegah jenayah.
“Ketiga-tiga anggota polis itu sedang membuat pemantauan kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya.
Mereka memperkenalkan diri sebagai polis dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta kad pengenalan empat wanita terbabit untuk membuat semakan rekod jenayah.

Tindakan berkenaan diambil selepas mendapati empat wanita itu berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan pada 11.30 malam dan mereka kemudian dibenarkan beredar dari lokasi selepas pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesalahan dilakukan,” ujarnya.
A Anbalagan turut meminta penyanyi lagu Berani itu tampil untuk membantu siasatan bagi menentukan sama ada terdapat kesalahan semasa menjalankan tugas.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: