Isu Didakwa Langgar Kontrak, TikToker Ini Tampil Beri Penjelasan

Selepas seorang TikToker terkenal menjadi bualan ramai kerana didakwa telah melanggar kontrak syarikat, pempengaruh yang dikenali sebagai Liana Beep Beep itu akhirnya tampil memberi penjelasan berkaitan kontroversi tersebut menerusi satu video di TikTok.

Walaupun telah ditawarkan gaji sebanyak RM 20,000 sebulan baru-baru ini untuk melanjutkan kontrak selama lima tahun lagi, Liana memaklumkan bahawa dia mempunyai alasan peribadi untuk menghantar notis berhenti kerja selama dua bulan.

Sekiranya anda menonton video tersebut, Liana berkata bahawa kehilangan akaun lama syarikat membuatkan dia berasa cemas kerana dia perlu berpura-pura bahawa akaun itu merupakan miliknya dan bukannya milik syarikat.

Sumber: TikTok @liafa62

“Sepanjang bekerja di syarikat itu, saya perlu berpura-pura bahawa akaun itu adalah milik saya dan semuanya yang dipaparkan menerusi akaun itu adalah gaya hidup saya.

Sumber: TikTok @liafa62

Untuk akaun itu pula, ia didaftarkan di bawah nombor saya. Saya yang selalu membalas setiap komen ditinggalkan di akaun tersebut. Saya juga yang akan menjadualkan hantaran-hantaran untuk dimuat naik di laman TikTok bersama team dan kadang-kadang turut memuat naik video.

Apabila menerima direct message (DM) daripada ramai orang yang berkata mereka tidak boleh menemui video-video dan juga akaun saya, saya perlu tahu apa yang berlaku kepada akaun tersebut. Kalau tidak nanti syarikat akan fikir Liana apa-apakan akaun itu kerana ia diurus oleh saya.

Saya rasa apa yang membuatkan situasi ini berlaku adalah pihak syarikat tidak pernah memaklumkan kepada saya bahawa mereka akan memadam akaun tersebut dan mengubah segala-galanya. Mereka boleh sahaja beritahu saya tentang perkara itu,” ujarnya.

Pempengaruh berkenaan juga mendakwa tindakan pihak syarikat itu telah menyebabkan dia dan ahli keluarga menerima kecaman hebat daripada orang ramai.

Sumber: TikTok @liafa62

Liana turut memaklumkan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang dan akan memastikan keadilan bagi isu tersebut dapat ditegakkan.

Anda boleh tonton video penuh penjelasan Liana Beep Beep di bawah.

@liafa62

I pass everything to the law. Berani cakap berani tanggung okay @Uniq scene media • • • #foryou #foryoupage #fyp #fypシ #viral #trending #tiktokmalaysia

♬ original sound – Liana 🌻✨🌸🍭 – Liana 🌻✨🌸🍭

Buat anda yang masih keliru, Liana yang terkenal dengan trademark beep beep itu menjadi bualan ramai selepas mendakwa akaun lamanya telah digodam sehingga dia perlu membuka akaun baharu.

Pihak syarikat media itu bagaimanapun menyangkal dakwaan Liana yang mendakwa akaun lamanya digodam dengan menjelaskan wanita tersebut telah melanggar kontrak di antara syarikat dan pempengaruh itu menerusi satu kenyataan di laman TikTok.

Lelaki itu turut berkata semua rakaman, pengurusan akaun dan pembayaran ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Pihak syarikat tidak mahu usaha mereka selama ini hancur begitu sahaja apabila Liana mengeluarkan kenyataan dalam siaran langsungnya bahawa akaun lamanya digodam kerana ia sebenarnya telah diambil alih oleh pihak syarikat. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca