Isu Dapat 1 Plastik ‘Salted Peanuts’, Ini Respons Azfar Heri

Azfar Heri menerima kecaman hebat daripada orang ramai selepas dia memuat naik gambar menerima puluhan pek kacang ketika menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) baru-baru ini.

Selepas menerima kecaman hebat, Azfar tampil memohon maaf di atas kekhilafan yang dilakukannya sehingga mencetuskan kontroversi dan tampil menjelaskan apa yang berlaku di laman Twitter miliknya.

Azfar berkata dia amat menghargai pemberian puluhan pek kacang itu walaupun ia bukan permintaannya. Pempengaruh itu turut mengaku kesilapannya dalam bebenang berkenaan dengan memuat naik gambar-gambar tersebut tanpa mengambil kira impaknya terhadap staf berkenaan.

Sumber: Twitter @Azfarheri

“Saya faham ramai yang marah berkenaan isu kacang MAS. Ini adalah penjelasan saya. Saya ingin memberi sepenuh kerjasama dengan pihak MAS sendiri untuk mengenal pasti situasi sebenar pramugari tersebut.

Pertama sekali, saya mohon maaf sebab ada upload gambar kacang yang saya dapat dalam flight itu. Kacang itu diberi secara percuma dan saya tak minta sebarang paket kacang daripada MAS sepanjang flight tersebut.

Namun, saya sangat hargai atas pemberian tersebut. Silap saya di sini ialah saya post gambar tersebut tanpa mengambil kira impak yang boleh dihadapi pramugari tersebut.

Sejujurnya saya tak tahu wujudnya prosedur operasi standard (SOP) yang tak boleh bagi kacang ekstra kepada penumpang dan saya mohon maaf sebab tak aware dengan benda ni dari awal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azfar menjelaskan bahawa dia mahu memastikan kesahihan khabar angin pramugari berkenaan bakal kena tindakan tatatertib terlebih dahulu sebelum mencetuskan salah faham daripada pelbagai pihak.

Sumber: Twitter @Azfarheri

“Buat masa sekarang, saya tidak boleh beri apa-apa komen mengenai isu termination ini sebab kita masih belum dapat apa-apa official statement daripada pihak MAS sendiri.

Saya akan beri full cooperation kepada pihak MAS dan saya harap dapat jumpa dengan semua pihak agar kita boleh selesaikan isu ini sewajarnya.

Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi teguran membina,” tambahnya.

Apa pendapat anda tentang tindakan pramugari itu yang memberikan paket-paket kacang ekstra kepada pempengaruh berkenaan? Anda boleh baca penjelasan penuh Azfar di sini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca