Isu Cincin Berukir Lambang Sultan Johor, Wak Doyok Dipanggil Untuk Beri Keterangan

Personaliti fesyen dan pelakon terkenal tanah air, Wak Doyok telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri pada Khamis. Ia berikutan tindakan selebriti itu yang membeli dan menggunakan cicin berukir lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut Ketua Polis Johor iaitu Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor hadir ke IPD Iskandar Puteri pada jam 11 pagi.

“Dia beli cincin itu dah lama iaitu pada tahun 2018. Dia beli dalam talian dengan menempah dari sebuah syarikat di Indonesia.

Satu laporan telah dibuat pada 28 April di IPD Iskandar Puteri. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

Wak Doyok berdepan hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun sekiranya sabit kesalahan,” kata Ayob Khan seperti yang dilaporkan Astro Awani.

Difahamkan, kertas siasatan akan disiapkan dalam masa terdekat dan diberi kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan.

Pada masa yang sama, Ayob Khan turut memberi amaran kepada orang ramai agar jangan sesekali mengguna, memakai atau membuat lambang diraja kerana ia adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Terdahulu, Wak Doyok dilaporkan memohon maaf kepada keluarga diraja Johor apabila dia menempah sebentuk cincin ukiran lambang peribadi Sultan Johor.

Untuk baca artikel lain berkenaan industri hiburan di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca