Isu Buka Puasa Awal Kerana Kesilapan Azan Di Radio, Ini Penjelasan Dr. Zulkifli

Beberapa orang pendengar sebuah stesen radio tempatan berbuka puasa lebih awal semalam kerana terdengar azan menerusi radio tersebut.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad al-Bakri tampil menjelaskan menerusi Instagram story beliau pada hari ini berkaitan isu tersebut.

Seorang individu bertanya soalan yang berbunyi, “Saya ingatkan sudah masuk waktu tetapi DJ terawal pasang azan lima minit. Sahkah puasa saya?”

“Tidak sah dan batal puasa individu yang menyangka telah tenggelam matahari tetapi ia belum lagi tenggelam. Wajib diqada semula menurut jumhur ulama,” jawab Dr. Zulkifli.

Beliau memuat naik posting yang berbentuk infografik itu sebagai respons kepada soalan sama ada puasa individu itu sah sekiranya DJ tersalah memasang azan awal.

Walaupun ia tidak dinyatakan secara spesifik dalam posting itu, jawapan itu jelas merujuk kepada kes sebuah stesen radio tempatan di Sabah tersilap menyiarkan azan Maghrib.

Kesilapan teknikal pada hari pertama Ramadan itu difahamkan berlaku kerana DJ radio itu memasang azan Maghrib dua kali iaitu pada 6.16 petang sebelum diulang ketika waktu sebenar 6.20 petang.

Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Dr. Zulkifli, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca