Isu Beri Vape Kepada Bayi 7 Bulan, Lelaki Ini Ditahan Polis

Pihak polis telah menahan seorang lelaki yang bertindak meletakkan vape ke dalam mulut bayi berusia tujuh bulan dalam sebuah rakaman video tular baru-baru ini.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara iaitu Asisten Komisioner Polis Rupiah Abd Wahid berkata penahanan terhadap suspek yang berusia 28 tahun telah dibuat pada jam 12.45 tengah hari semalam.

“Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan polis berkenaan insiden tersebut pada 6 Ogos 2022 jam lebih kurang 2.56 petang yang dibuat oleh ibu kepada bayi berkenaan.

Suspek adalah kenalan kepada adik perempuan pengadu. Ketika kejadian, ibu bersama bayinya (mangsa) dan adik perempuannya serta suspek sedang berada di kedai makan di sekitar Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.

Sumber: Oh Bulan

Suspek yang memangku mangsa kemudiannya dengan niat bergurau telah meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut mangsa. Insiden itu telah dirakam oleh adik perempuannya.

Adik perempuannya telah memuat naik rakaman itu ke laman media sosial dan ia telah tular. Video menerima kecaman oleh warganet,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rupiah turut berkata Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Utara telah membuat penahanan terhadap lelaki berkenaan.

Suspek yang juga merupakan seorang peniaga akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru bagi permohonan reman untuk siasatan lanjut.

“Kertas siasatan bagi kes ini telah dibuka dan akan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” tambahnya.

Pada pendapat anda, apakah hukuman yang paling sesuai untuk suspek?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca