Isu “Belum Ada Pondan Positif COVID-19,” Sajat Tampil Mohon Maaf

Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat tampil membuat permohonan maaf kepada semua pihak yang tersinggung berikutan satu video tular di media sosial yang memaparkan dirinya mengeluarkan kenyataan belum ada pondan yang positif COVID-19.

Ketika dihubungi Harian Metro, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menjelaskan video itu sengaja disunting pihak tidak bertanggungjawab untuk membangkitkan kemarahan orang ramai.

“Saya mahu minta maaf kerana saya tahu ramai yang marah termasuk ustaz disebabkan video itu. Walau bagaimanapun, saya mahu menjelaskan apa yang tular itu adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab.

Petikan yang menjadi bualan ramai itu diambil daripada video siaran langsung di Instagram. Saya hanya menjawab soalan daripada orang ramai yang berkata pondan pembawa COVID-19.

Tidak berhenti di situ, soalan yang sama itu sengaja ditanya berulang kali seperti mereka sengaja mahu membuat provokasi. Saya pun jawab kenapa mahu salahkan jantina dalam kes ini.

Wabak ini tidak kira siapa pun. Kita pun tahu asal wabak itu dari mana tetapi disebabkan pondan, terus cakap mahu kata punca. Saya pun cakap tidak pernah pondan lagi positif COVID-19 tetapi bahagian itu sahaja yang diambil, disunting yang kemudiannya menjadi bualan ramai,” katanya.

Sementara itu, usahawan kosmetik itu berkata bahawa dia tidak pernah lagi membuat video siaran langsung semata-mata untuk bercakap mengenai isu tersebut.

“Semua orang yang kerap menonton Instagram live saya mesti sudah tahu dan sedia maklum akan soalan yang dilemparkan orang ramai terhadap saya.

Dalam kes video tular ini pula, saya buat live bukan semata-mata mahu bercakap tentang isu itu. Sekiranya betul hanya isu tersebut sekali pun, kenapa versi pendek sahaja ditularkan? Kenapa tidak letak yang penuh? Anda hanya akan faham apabila tonton versi penuh video tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, video yang menjadi bualan ramai di media sosial itu menyebabkan Sajat menerima kecaman hebat daripada warganet dan sekali gus mendapat teguran daripada pelbagai pihak termasuk penceramah Ustaz Husam.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Sajat, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca