Isu Banyak Sangat Minyak Dalam Masakan, Ini Respons Khairulaming

Personaliti media sosial Khairul Amin Kamarulzaman ataupun lebih dikenali sebagai Khairulaming tampil menjawab teguran orang ramai termasuk pakar perubatan Dr. Rafidah Abdullah di laman Twitter berhubung menu masakannya yang dianggap tidak sihat kerana menggunakan banyak sangat minyak.

Teguran Rafidah

Rafidah quote tweet video masakan Khairulaming menggunakan resipi sambal hijau bilis dan telur dadar untuk puasa hari kesembilan dengan berkata, “Salam KhairulAming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good.

Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. TK (terima kasih).”

Rafidah menerusi bebenang berbeza di laman Twitter tampil memohon maaf kerana teguran yang dibuat sebelum ini telah disalah anggap oleh warganet.

“Saya mohon maaf kerana saya nampak ramai yang salah anggap yang saya menuduh Encik Khairul Aming merosakkan kesihatan rakyat Malaysia.

Dua ayat terakhir saya sepatutnya di perenggan yang lain. Walau bagaimanapun, harapan saya video-video atau content-content mana-mana influencer (pempengaruh) ada tertera kandungan kalori.

Saya tidak menuduh siapa pun. Kesihatan anda adalah tanggungjawab diri anda tapi saya perlu memberi pendapat profesional saya tentang apa yang saya lihat.

Alhamdulillah sekarang ramai dah sedar sambal sangat banyak kalori. Nak makan, makan secubit dua sudah memadai. TK (terima kasih),” tulisnya.

Penjelasan Khairulaming

Sumber: MalaysiaGazette

Khairul menjelaskan menerusi video di laman Twitter bahawa dia mahu berkongsi dua perspektif daripada dirinya sendiri berkenaan isu penggunaan minyak masak berlebihan dalam masakannya.

Sekiranya anda menonton video itu, perspektif pertama yang dikongsikan Khairul adalah sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai masalah obesiti dan cuba menurunkan berat badannya.

This is me empat bulan yang lepas. Berat saya adalah sebanyak 113 kilogram dengan tinggi 184 sentimeter jadi my indeks jisim tubuh (BMI) sangatlah tinggi. Kategori obese and this is me today dengan berat 100 kilogram maknanya saya dah hilang 13 kilogram. My BMI is now still overweight but dah reduce daripada kategori obese lah.

My body fat juga turun daripada 44 peratus ke 29 peratus. This is my sahur. Saya makan benda yang high protein macam lebihkan ayam untuk sahur.

Dua tahun lepas, saya ada buat journey Aming Nak Sihat untuk diet tu. Memang menjadi. Memang sihat. Memang kurus tapi right after that berat saya naik balik. Naik lagi tinggi dari sebelum start (perjalanan diet) tu dulu sebab I developed a hate relationship dengan makanan lokal around me.

Sumber: Instagram @amingnaksihat

Masa nak diet tu semua orang kata, ‘Jangan makan white rice. Makan brown rice. Makan salmon. Makan ayam rebus. Makan spinach (bayam) dan brokoli’. I follow semua tu. Memang menjadi turun berat but I suffered sebab I rasa stressed. Rasa tertekan sebab kita tak boleh makan makanan sekeliling kita.

Sebab tu lah lepas tu bila nampak je mi goreng, nasi kukus, nasi ayam, aku makan je semua tanpa mengawal portion and akhir sekali berat pun naik semula.

So this time around, untuk journey yang kali ini, saya dah ada lesson learned. Saya tukar cara. Saya still eat clean setiap hari but at the same time I enjoy myself dengan delicious Malaysian foods ni. Makanan kita sedap. Rugi kalau tak makan sebenarnya cuma kita kena kawal portion,” ujarnya.

Dari perspektif seorang food content creator, Khairulaming tampil berkata dia sekadar berkongsi cara penyediaan makanan yang sebenar dan sama seperti di kedai makan.

First of all, kita boleh buat semua tu. Kita boleh kurangkan minyak. Kita boleh tukar resipi. Kita boleh tukar bahan but the thing is dia akan jadi tak sedap macam yang original. Itu je sebenarnya.

Kalau kita nak sambal yang sedap, kita kena masak dalam minyak yang banyak supaya dia pecah minyak. Kalau nak ayam goreng yang juicy dan crispy, kena deep fried dalam minyak yang banyak.

Kalau nak mac and cheese (makaroni dan keju) yang creamy, you tak boleh kurangkan cheese. Nanti tak sedap. That’s the way it is. That’s the way the food is prepared.

Gambar hanya sekadar hiasan. Sumber: Allrecipes

Kalau kita cuba ubah (resipi), dia boleh tapi jadi tak sedap macam original. Itu sahaja tapi saya tunjuk kena pakai berapa sudu gula, berapa banyak minyak itu semua sebab saya nak bagi realiti inilah cara sebenar makanan disediakan di luar sana.

Kalau tak biasa masak (tapi) pergi beli (di) kedai makan, you guys tak rasa bersalah sangat. Bila I tunjuk video masak, orang macam, ‘Eh banyaknya minyak.’

Actually sama je macam dekat kedai makan cuma kita tak aware sebab kita tak pernah masak benda tu but now when I show it to you guys cara penyediaan dia, at least you guys are aware, ‘Ohhh kalau aku beli mi goreng dekat kedai, banyak ni sebenarnya minyak masak dalam mi goreng. Kalau order teh o ais limau, banyak ni sebenarnya gula dekat dalam air.’

So now you can make your own choices bila nak pilih makanan. Kalau saya ubah resipi tu dan orang di luar sana cuba dan (rasanya) tak sedap, dia maki saya balik.

That’s why I cannot win. I cannot please everyone sebab bukan semua orang tengah nak diet. Nak jaga badan. Ada yang nak makan sedap je so I’m just showing the way the food is prepared in real life and you guys can make your own decision.

Sumber: Twitter @khairulaming

I cannot control that but yang paling penting adalah bila makanan tu dah siap, you boleh control portion untuk makan tu. Kalau you guys nak ubah resipi, nak kurangkan bahan, nak tukar bahan lain ke apa, semua boleh.

Tak ada masalah. Boleh buat ikut selera masing-masing tapi yang penting always jaga portion bila makan nanti,” tambahnya.

Khairulaming turut menjelaskan bahawa dia menerima segala teguran dengan hati terbuka dan setuju bahawa rakyat Malaysia perlu menjaga kesihatan diri. Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca