Isu Artis Minta Bantuan Khusus Kerajaan, Tomok Tampil Mohon Maaf

Penyanyi Tomok tampil mohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia selepas mengutarakan pandangannya di laman Instagram berhubung isu bantuan khusus kerajaan untuk penggiat seni baru-baru ini.

“Assalamualaikum semua. Untuk tidak menjadikan keadaan semakin buruk, saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Saya minta maaf sekiranya kenyataan saya di Instagram tempoh hari ada menyakiti hati anda.

Saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maafkan saya. Marilah kita sama-sama doakan semoga negara kita dan dunia bebas daripada COVID-19,” luahnya.

Untuk dijadikan cerita, Tomok memuat naik sebuah hantaran di Instagram pada Rabu lalu yang menyatakan golongan penggiat seni juga tidak terkecuali daripada menerima tamparan hebat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan sehingga 14 April ini.

Dalam erti kata lain, semua aktiviti seni tidak kira penyanyi, pelakon, pemuzik, kru penerbitan dan produksi drama atau filem terjejas, ditunda atau terpaksa dibatalkan.

Tomok menjelaskan bahawa PKP ini memberikan impak yang besar kepada penggiat seni kerana kebanyakan daripada mereka menjadikan bidang hiburan sebagai sumber pendapatan mereka.

Tidak cukup dengan itu, penyanyi itu menerusi hantaran yang sama berkata bahawa periuk nasi artis veteran tanah air turut terjejas ekoran pelaksanaan PKP ini.

Hantaran itu sebaliknya menjadi isu hangat dalam kalangan warganet yang menyifatkan artis tidak sepatutnya memohon bantuan khusus kerajaan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan isu bantuan khusus kerajaan kepada golongan penggiat seni, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca