Isu Artis Minta Bantuan Khusus Kerajaan, Ini Kenyataan Daripada Sharifah Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah menyatakan bahawa amalan suka menabung membolehkan dirinya menyesuaikan diri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.

Sakinah menegaskan bahawa dia dan beberapa rakan selebriti bersyukur kerana mereka tidak perlu mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak apabila negara kini berhadapan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

“Alhamdulillah, kami tidak perlukan bantuan. Itu pentingnya amalan menabung. Walaupun tidak ada beg mahal, kami enjoy sahaja. Percaya kepada rezeki memberi (menderma). Ramai artis yang sudah derma secara diam-diam tetapi anda tidak tahu,” jelasnya.

Tambahnya, “Ketika ini, seolah-olah berlaku civil war di antara kami. Perdebatan antara siapa yang patut dapat apa, siapa yang lebih sengsara atau yang paling untung daripada situasi ini.”

Adik kepada pelakon Sharifah Shahirah itu mengakhiri coretan di laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa sedih selepas melihat situasi ini yang tidak sepatutnya berlaku.

“Tidak kira jika kita golongan B40, T20, PN atau PH, bangsa Melayu, Cina, Johor atau Kadazan. Kita semua hamba Allah SWT di muka bumi. Kita kena jaga satu sama lain.

KIta ketepikan perbezaan antara kita dan fokus kepada cara untuk membantu. Semua orang ada fungsi tersendiri dalam satu keluarga besar yang dinamakan kemanusiaan. Sakinah sedih sebab kita patutnya bekerjasama tetapi sekarang bergaduh pula,” luahnya.

Coretan itu menerima reaksi positif daripada orang ramai di mana rata-rata mendoakan semua pihak bersatu padu untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Akhir kata, jaga diri anda dan patuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan. Jangan pentingkan diri sendiri tetapi sebaliknya jadikan kesihatan anda dan orang sekeliling sebagai keutamaan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca