Isteri Tunjuk Bukti Kena Pukul, Afiq Muiz Buat Laporan Polis

Afiq Muiz dituduh oleh isteri kaki pukul sambil tunjuk bukti lalu pelakon itu terus membuat laporan polis yang dia difitnah.

Isteri kepada Afiq Muiz iaitu Pachara Apin telah kongsikan di sosial media tentang dirinya menjadi mangsa pukul suaminya berkali-kali.

Pachara juga telah tunjuk banyak gambar kesan-kesan dipukul pada muka dan badannya sebagai bukti atas kenyataannya itu.

Oleh kerana tuduhan tersebut, adik pelakon itu, Aishah Azman bersuara dengan luahan tentang sikap isteri kepada abangnya itu.

 “Siapa kena pukul? Awak atau abang saya? Suka cederakan diri sendiri dan memanipulasi mengatakan abang saya pukul awak. Jangan macam tu, saya tahu A hingga Z apa awak buat dengan abang saya. Allah Maha Besar,” marahnya.

Aishah Azman turut mendedahkan yang Pachara sering berfoya-foya dengan lelaki lain walaupun sudah bergelar isteri.

“Curang dengan suami sendiri, minum arak, pergi kelab, duduk serumah dengan suami orang walaupun berstatus isteri pada abang saya. Tapi, manipulasi cerita yang awak dah bercerai dengan abang saya, jangan sebarkan fitnah,” tambahnya.

Adik Afiq Muiz itu berang abangnya dituduh dan tidak teragak-agak untuk bertindak atas perkara ini pada bila-bila masa.

Kes ini disudahi dengan Afiq Muiz membuat laporan polis atas fitnah yang dibuat. Tindakan seterusnya akan dijalankan oleh peguamnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca