Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor mendedahkan isterinya, Datin Dr. Halina Mohd Yunos kini melalui proses kuarantin diri sendiri.
Menerusi coretan Sheikh Muszaphar di laman Instagram miliknya, Dr. Halina terdedah pada wabak tersebut kerana dia melakukan pemeriksaan terhadap pesakit COVID-19 sejak dari hari pertama lagi.
View this post on InstagramA post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
“Dia (Dr. Halina) buat kami sekeluarga risau semalam apabila dia pulang dari tempat kerja dengan batuk dan sakit tekak. Dr. Halina terpaksa asingkan dirinya sendiri di dalam bilik selepas melakukan ujian swab,” jelasnya.

Perkara yang paling menyedihkan angkasawan negara tersebut adalah isterinya tidak dapat bersama dengan anak-anak.
“Saya teringat apabila dia menghubungi saya dari hospital dan tidak tahu ke mana mahu dituju kerana dia tidak mahu saya dan anak-anak mendapat jangkitan wabak tersebut. Walaupun dalam keadaan begitu, dia masih memikirkan orang lain daripada dirinya sendiri,” ujarnya.
Walaupun Sheikh Muszaphar bersyukur apabila melihat keputusan yang diterima oleh isterinya adalah negatif, doktor bedah ortopedik itu bangga dengan isterinya yang tetap ingin menyambung kerja pada hari ini.
“Itulah Dr. Halina. Bukan kerana dia isteri saya, tetapi dia seorang doktor yang telah dilatih untuk membantu orang lain. Apa yang penting adalah menyelamatkan nyawa orang lain walaupun risikonya tinggi,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau mengakhiri coretan tersebut dengan mendoakan semua doktor, jururawat dan individu yang terlibat dalam bidang perubatan untuk terus kuat dan berani.
“Buat isteri tercinta, teruskan usaha murni ini. Insya-Allah, Allah SWT akan permudahkan jalan awak untuk dunia dan akhirat. You are my true hero. Saya rasa kerdil sekiranya dibandingkan dengan semua pengorbananmu,” luahnya.
Akhir kata, jaga kesihatan anda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan. Jangan keluar rumah tanpa alasan yang munasabah dan patuhi arahan kerajaan sepanjang masa.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkenaan pengalaman barisan hadapan dalam membendung penularan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah: