Isteri Seorang Juara Program Da’i Ditahan Polis Kerana Menipu

Seorang wanita yang juga isteri kepada seorang Juara Da’i ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati, Kuala Lumpur semalam. Perkara ini berikutan selepas wanita itu dipercayai menipu seorang pelanggan.

Sumber mengatakan mangsa pernah berurusan dengan wanita itu sejak tahun 2017 lagi atas urusan mendapatkan sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan juga sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk produk jamu.

Mangsa dikatakan telah membayar kira-kira sebanyak RM11,000 kepada wanita itu. Namun, sampai ke hari ini masih tiada perkembangan secara lanjut dan disebabkan itu mangsa merasa diri ditipu.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihak polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

Untuk baca artikel lain berkenaan kes penipuan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca