Isteri Pelakon Tarzan Maut Gara-Gara Ditikam Berulang Kali Oleh Anak Sendiri

Isteri kepada pelakon siri televisyen popular Tarzan, Ron Ely maut di tangan anaknya sendiri apabila ditikam berulang kali di kediaman mereka yang bertempat di California, Amerika Syarikat.

Menurut pihak polis, Valerie Lundeen Ely yang berusia 62 tahun itu ditemui tidak bernyawa dengan beberapa kesan tikaman pada malam Selasa waktu tempatan.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak polis menemui anak mangsa yang juga merupakan suspek dalam kes ini iaitu Cameron Ely di luar kediaman berkenaan.

Menurut laporan Astro Awani, polis kemudiannya bertindak menembak mati Cameron yang berusia 30 tahun itu kerana dia dipercayai telah melakukan ancaman kepada mereka.

Keterangan lanjut berkenaan insiden tersebut bagaimanapun masih belum dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Pelakon siri televisyen Tarzan yang kini berusia 81 tahun itu dilaporkan tidak mengalami apa-apa kecederaan dalam insden tersebut.

Untuk rekod, Ron membawa watak Tarzan yang disiarkan menerusi saluran NBC dari tahun 1966 hingga 1968.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca