Isteri Kepada MB Selangor Kongsi Resipi Nasi Arab

Isteri kepada Menteri Besar Selangor iaitu Datin Seri Masdiana Muhamad berusaha untuk belajar cara memasak nasi Arab mandy ayam selepas mendapati anak-anaknya sangat menggemari juadah tersebut.

Menurut Datin Seri Masdiana, sebelum ini anak-anak beliau tidak suka variasi nasi selain nasi putih tetapi selepas menikmati hidangan nasi Arab di sebuah restoran, hidangan tersebut ternyata membuka selera mereka.

Susulan itu, beliau mencari resipi juadah tersebut di internet, selain melihat cara-cara orang Arab menyediakan menu tersebut setiap kali beliau menunaikan umrah.

“Ada beberapa resipi yang saya cuba dan satu daripadanya saya gunakan sehingga sekarang, cuma bahan-bahannya saya ubah sedikit mengikut cita rasa.

Memang rumit ketika mula-mula buat hidangan tersebut tetapi selepas mahir, saya rasa nasi Arab lagi mudah untuk disediakan dan tak perlu banyak lauk, hanya ayam atau kambing bakar,” kata beliau.

Berikut adalah resipi nasi Arab mandy ayam yang dikongsikan oleh Datin Seri Masdiana:

Bahan A (Rebusan ayam)

  • Seekor ayam saiz sederhana dipotong kepada 4 bahagian
  • 2 inci halia diketuk
  • 1/2 sudu kecil serbuk zaffran atau serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil lada hitam dan jintan putih
  • 1/2 sudu kecil buah pelaga dan cengkih
  • 2 helai daun bay
  • Garam
  • 5 cawan air

Cara menyediakan

  • Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan-bahan A. Kemudian angkat dan toskan ayam.
  • Tapiskan air rebusan ayam untuk memasak nasi.
  • Ayam yang direbus tadi digunakan untuk membuat ayam panggang.

Bahan B (Nasi)

  • 3 cawan beras basmathi (rendam selama 30 minit)
  • 4 1/2 cawan air rebusan ayam
  • Garam
  • Sedikit zaffran atau pewarna kuning

Bahan C (Tumis)

  • 3 sudu minyak zaitun/sapi
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 ulas bawang merah (dimayang halus)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang halus)

Cara menyediakan

  • Beras direndam selama 30 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi bersama air rebusan ayam.
  • Panaskan minyak zaitun. Masukkan bahan tumis dan goreng sehingga naik bau.
  • Tuang ke dalam periuk nasi. Apabila masak masukkan serbuk zaffran.

Mudah, bukan? Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Untuk baca artikel tentang perkongsian resipi masakan yang lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca