Isteri Da’i Farhan Rasai Nikmat Kehidupan Walaupun 2 Malam Dalam Lokap

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan iaitu Dr. Erin atau Noorainul Naqim Mohd Radzi  yang didakwa atas pertuduhan menipu pelanggan mengenai urusan sijil halal dan KKM bagi produk jamu bernilai RM10,050.

Bagaimanapun Dr. Erin mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan semula dengan ikat jamin sejumlah RM4,000.

Dr. Erin merima segala prosedur dengan hati yang terbuka tanpa ada rasa malu mahupun takut.

Setelah direman selama dua hari, Dr. Erin berkongsi pengalaman tidur di lokap di laman Instagramnya.

Menurutnya, walaupun terpaksa bermalam di lokap dia tidak pernah berasa malu, sebaliknya menganggap itu sebagai satu ujian.

“Kalau nak diikutkan makan nasi kosong dengan ikan jaket tak ada lah apa sangat. Pengalaman Allah nak tunjuk ujian kita ni kecil sangat nak dibandingkan dengan kawan-kawan kat dalam sana tu.” ujarnya.

Dr. Erin pada masa yang sama, sempat mengucapkan terima kasih kepada pegawal yang menjaganya dengan baik sepanjang berada di dalam lokap itu. Katanya lagi, suatu hari nanti kebenaran pasti akan terbukti.

Untuk baca artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca