Isteri Da’i Farhan Dihadapkan Ke Mahkamah

Semalam warganet dikejutkan dengan berita tentang isteri seorang juara program Da’i ditahan polis kerana menipu.

Hari ini, identiti wanita tersebut telah didedahkan apabila beliau telah ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40 tahun merupakan isteri kepada Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.

Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 21 Disember 2017 sehingga 26 Februari 2018, bertempat di 9-2-1 Kelompok Nuri B, Taman Keramat, Wangsa Maju tertuduh telah mendorong Norsiha Aala untuk menyerahkan wang sebanyak RM10,050 untuk Sijil Halal dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk miliknya.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat serta denda.

Sumber: Harian Metro

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada mahkamah.

Lanjutan daripada itu, Peguam Bela Sheikh Abdullah Abdul Malik membuat rayuan dengan memohon mahkamah untuk mengurangkan jaminan. Hal ini kerana, anak guamnya merupakan penanggung tunggal lapan anak berusia lima hingga 19 tahun.

Mahkamah telah memerintahkan beliau untuk membayar jaminan sebanyak RM4,000 dan menetapkan tarikh 3 April ini untuk serahan dokumen.

Da’i Farhan yang hadir di mahkamah sebagai penjamin enggan mengulas lanjut.

Untuk rekod, mangsa pernah berurusan dengan beliau pada 2017 yang telah berjanji untuk menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan sijil KKM bagi produk jamu. Namun begitu, sehingga tahun lalu masih tiada proses yang dijalankan membuatkan mangsa berasa tertipu.

Untuk membaca artikel lain yang berkenaan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca