Istana Cinderella Wujud Di Dunia Nyata, Ini 5 Istana Paling Cantik Di Dunia

Istana biasanya didiami oleh golongan diraja yang juga merupakan pemerintah negara. Ia juga merupakan salah satu rumah terbesar di sesebuah negara dan juga sebuah mercu tanda. Pembinaan istana menelan kos yang tinggi untuk memastikan ia kelihatan sangat indah dan menakjubkan.

Berikut kami kongsikan lima istana paling cantik di dunia:

1. Mont Saint Michel, Perancis

Istana paling cantik di dunia ini memiliki persekitaran pulau yang unik, empat muzium berbeza, pemandangan yang indah dan sejarah yang bermula pada abad ke-6. Pada mulanya, istana ini merupakan biara dan masih terdapat sami yang tinggal di sini sehingga hari ini.

2. Chateau de Versailles, Perancis

Taman-taman di istana ini sangat mengagumkan sama seperti istana ini. Apa yang paling menarik tentang istana ini adalah ia dibina atas perintah Ratu Marie-Antoinette, Ratu Perancis terakhir sebelum revolusi Perancis.

3. Neuschwanstein Castle, Jerman

Neuschawanstein merupakan sebuah istana dongeng yang wujud dalam dunia nyata kerana menjadi inspirasi bagi istana Cinderella oleh Disney.

4. Chateau de Pierrefonds, Perancis

Istana ini pernah hancur suatu ketika dahulu dan kemudiannya dipulihkan menjadi lebih indah. Ia terletak berhampiran dengan ibu kota Paris, namun agak terpencil dan sangat berbaloi untuk dilawati.

5. Hohenzollern Castle, Jerman

Berdiri tegak di tengah-tengah hutan hijau yang subur membuatkan istana ini antara istana paling tercantik di dunia. Namun, seni bina dalamannya lebih menakjubkan. Istana Hohenzollern adalah tempat kediaman nenek moyang Kerajaan Hohenzollern yang terletak di Gunung Hohenzollern, 855 meter dari aras laut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca