Issei Sagawa, Penjenayah Kanibal Yang Mengidam Daging Perempuan Cantik Dan Dia Masih Bebas

Amaran: Cerita ini tidak sesuai untuk pembaca bawah 18 tahun.

Paris, Jun 1981

Nama dia Issei Sagawa. Dia merupakan pelajar jurusan sastera di Universiti Sorbonne dan telah berkenalan dengan seorang gadis bernama Renee.

Pada suatu malam, dia mengajak gadis itu datang ke rumahnya untuk diskusi akademik. Renee tidak pernah tahu yang maut menantinya di sisi Issei.

Issei menembak mati gadis malang itu sebelum merogol dan melapah daging mayat tersebut.

Dia memotong dan melahap rakus bahagian isi punggung seperti meratah ayam goreng.

‘Jamuan’ Issei , via Murderpedia

Akhirnya nafsu yang ditahan selama 32 tahun itu berjaya dipuaskan.

Issei Sagawa Mencari Mangsa

Keinginan liar Issei sukar untuk dijelaskan kerana dia sendiri tidak faham mengapa dia jadi begitu.

“Hmm, nampak sedap.” Sejak sekolah rendah, dia terliur melihat paha rakan-rakan perempuan sekelasnya. Manakala kaki Issei pula kurus dan pendek seperti pensel. Dia sedar fizikalnya itu tidak mampu menarik mana-mana perhatian perempuan.

Dia menyalahkan media kerana sering memaparkan wanita Barat secantik Grace Kelly yang akhirnya menjadi mangsa fantasi seksual dan sisi kanibalistik dia. Jika lelaki lain bermimpi untuk tidur dengan wanita cantik, Issei pula mengidam untuk memakannya.

Via Pixabay

Dia tidak berniat untuk membunuh, sekadar mahu mengunyah dagingnya.

Issei pernah memecah masuk rumah seorang perempuan yang sedang tidur. Wanita itu terjaga dan menjerit sekuat hati menyebabkan lelaki itu melompat keluar semula.

Nafsu buas dan perut ‘buaya’ Issei semakin melonjak apabila dia melanjutkan pelajaran ke Paris. Hampir setiap malam dia membawa pulang pelacur, cuba untuk menembak mereka dari belakang tetapi selalu terbantut tak jadi.

Keinginan itu tidak pernah putus sehinggalah dia menemui calon mangsa yang sempurna, Renee Hartevelt.

Pembunuhan

Issei berkenalan dengan gadis Belanda itu di Sorbonne dan mereka mula berkawan. Lelaki itu mengajak Renee makan malam di rumahnya beberapa kali.

Issei cuba menembak mati Renee tetapi tidak berjaya kerana gadis yang membelakangi dia itu memusing badan ke arahnya semula.

Dia hampir berputus asa tapi dalam diam lelaki itu menjerit histeria mahu membunuh gadis itu!

Pada malam esoknya, misi dan visi dia berjaya. Mayat gadis itu tergeletak di atas lantai usai ditembaknya. Ada perasaan kasihan menyelinap masuk ke dalam sanubari lelaki itu dan dia terfikir mahu menelefon ambulans.

‘Tunggu dulu, jangan jadi bodoh! Inikan apa yang kau nak selama ni?’ Perasaan bersalah itu bertukar menjadi gembira apabila dia mula menikmati ‘hidangan’ diidamkan selama ini. Itu antara saat paling bersejarah dalam hidupnya.

Satu-satunya penyesalan yang timbul adalah dia tidak dapat menjamah daging gadis itu hidup-hidup. Dia cuma nak makan, bukan bunuh.

Issei diberkas

Dua hari selepas membunuh Renee, Issei mahu membuang sisa mayatnya.

Dia dah puas makan, lalu meletakkan kaki dan kepala yang terpisah itu ke dalam dua beg pakaian sebelum memanggil teksi.

Destinasi yang mahu dituju adalah taman Bois de Bouglone di mana ada sebuah tasik. Issei mahu menghumban beg-beg tersebut ke dalam tasik itu tanpa diketahui sesiapa.

Namun lelaki itu buat silap besar kerana beberapa pengunjung perasan ada titisan darah yang keluar dari beg tersebut lalu mereka segera menghubungi polis Perancis.

Sebuah pengakuan

“Saya bunuh dia sebab nak makan dagingnya.” Issei memberi jawapan ringkas setiap kali ditanya polis ketika sesi soal-siasat.

Dia dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun di Perancis. Namun tak jadi apabila Hakim memutuskan yang lelaki itu gila dan perlu dihantar ke institusi mental. Dakwaan ke atasnya juga digugurkan.

Via listverse

Akhirnya pihak berkuasa menghantar semula Issei pulang ke tanah airnya untuk diuruskan oleh pihak berkuasa Jepun dan dirawat di hospital mental.

Namun itu juga tidak menjadi kenyataan.

Pihak berkuasa Perancis telah menggugurkan dakwaan tersebut, segala dokumen mahkamah dan kes itu juga telah ditutup. Jadi pihak berkuasa Jepun tiada bukti dan kes untuk menahan Issei. Tiada pilihan, kecuali bebaskan saja lelaki itu.

Walau bagaimanapun dia tetap kena ‘check in’ di hospital mental tersebut.

Issei Sagawa Bebas

Hari ini Issei bebas berjalan ke mana saja dia pergi seperti warga Tokyo lain.

Dia masih bernafsu untuk makan orang terutama ketika bulan Jun (musim panas) kerana ramai wanita berpakaian tidak cukup kain ketika itu.

Malah dia merancang untuk menggunakan ‘daging segar’ tersebut buat masak sukiyaki atau shabu-shabu agar dia mati dengan mata tertutup kepuasan suatu hari nanti.

Via New York Post

Issei mengalihkan nafsu ganasnya itu kepada penulisan sehingga menjadi selebriti. Dia menghabiskan masa dengan menulis buku dan novel. Malah dia pernah menulis ulasan untuk makanan dan filem.

Lelaki itu pernah berkata “Saya harap pembaca yang membacanya berhenti fikir yang saya ni monster.”

Nope, jangan harap. Titik.

Artikel Lain Untuk Di Baca