Ismail Sabri ‘Tergelak Besar’ Selepas Barang Perhiasan Rumah Dibida Warganet

Walaupun budaya amalan membeli-belah melalui siaran langsung di media sosial bukanlah satu perkara yang baharu kepada masyarakat kita, siapa sangka sidang media yang diadakan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa lalu turut akan menerima tempiasnya?

Ismail Sabri telah mengadakan sebuah sidang media pada 13 Oktober lalu untuk memberitahu maklumat terkini dan keadaan semasa berhubung COVID-19 dalam negara. Walau bagaimanapun, sidang media tersebut sebaliknya berubah menjadi medan untuk membida buat rata-rata warganet yang menonton dari rumah.

Perkara ini berlaku susulan daripada kabinet yang berada di belakang Menteri Kanan Keselamatan terbabit ketika sidang media itu dipenuhi dengan barang-barang yang menarik perhatian orang ramai sehingga ada yang cuba berjenaka untuk membuat tawaran membeli barang-barang tersebut.

Sumber: Instagram Jovian Mandagie

Beliau hanya menyedari perkara tersebut selepas diberitahu oleh rakan-rakannya bahawa pelbagai barang yang diletakkan dalam kabinet yang menjadi latar belakang sidang media itu telah dibida oleh orang ramai.

Ismail Sabri mengaku bahawa beliau tidak faham istilah lock yang digunakan oleh rata-rata warganet pada mulanya tetapi membuat pengakuan bahawa dirinya tertawa besar selepas mendengar penjelasan daripada rakan-rakannya.

Sumber: Instagram Jovian Mandagie

“Pada mulanya, saya diberitahu oleh rakan-rakan bahawa banyak barang di kabinet kena locked. Sebagai orang tua seperti saya, tergaru-garu juga kepala saya bila sebut lock sebab tidak faham. Itu kan bahasa orang muda. Apabila kawan saya jelaskan, barulah saya faham. Tergelak besar saya,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, sidang media yang dilakukan oleh Ismail Sabri sebelum ini turut mencuri perhatian orang ramai apabila koleksi baju batik yang dipakai turut disamakan dengan makanan dan minuman.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Ismail Sabri, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca