Isi Kekosongan Jawatan, Tun Mahathir Mohamad Pangku Jawatan Menteri Pendidikan

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan akan mengisi kekosongan jawatan Menteri Pendidikan susulan peletakan jawatan Dr. Maszlee Malik.

Keputusan berkenaan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada hari ini setelah Jemaah Menteri sebulat suara menyatakan persetujuan mereka terhadap perkara berkenaan pada 8 Januari lalu.

“Dr. Mahathir Mohamad akan memangku jawatan itu sehingga Menteri Pendidikan yang baru dilantik,” ujarnya.

Menerusi satu sidang media khas pada 2 Januari lalu, Dr. Maszlee Malik telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Beliau mendakwa dirinya sering kelihatan seperti menyusahkan pihak atasan membabitkan beberapa isu seperti pengajaran tulisan Jawi, pembekalan perkhidmatan Internet di sekolah dan program sarapan percuma di sekolah rendah.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Dr. Maszlee Malik, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca