Baru-baru ini tular di media sosial seorang penerbit profilik yang pernah memenangi Anugerah Buku 2019 telah dikecam teruk oleh warganet apabila kandungan bukunya dikatakan plagiat dan menggunakan terjemahan langsung (google translate).
Menerusi satu ciapan di Twitter, pengguna laman sosial itu memuat naik gambar buku tersebut dan menulis, “Aku nak rant pasal buku ni. Penerbit profilik menang Anugerah Buku katanya. Setiap mukasurat baca rasa nak carut.”
Sayang buku tajuknya menarik, isi kandungan pun. Tapi hasilnya Ya Allah Ya Rabbi. Aku sangat suka baca buku tentang buku, atau buku tentang pengalaman membaca. Tapi ini…….
— Kasma Diey 🌸 (@dieyanayuni) November 13, 2020
Tengoklah sendiri ayat tunggang langgang. pic.twitter.com/nS3UCIUe8t
Ini paling durjana. 3 mukasurat dia copy paste paragraph sama. Masa baca ni aku rasa macam tengah alami time loop. Astagaaa. pic.twitter.com/4TGxKkpo3w
— Kasma Diey 🌸 (@dieyanayuni) November 13, 2020
Kenyataan yang dibuat oleh wanita itu telah menerima pelbagai reaksi daripada warganet di mana rata-ratanya menyifatkannya dakwaan terhadap penerbit tersebut adalah benar apabila ada yang turut berkongsi pengalaman mereka.
This man had once came to my school and give talk abt wth idk.. the point is, he's tryna sell his books and damn younger me, I bought one of em. till this day, I've never finished the book, and I don't understand the contents. https://t.co/3lZpDBDW3I
— hurun do art. (@hurun_heh) November 13, 2020
Mejar Qayyum ni buku official Ahmad Ammar (GptdxKarangkraf) tak sempat keluar lagi dia dah published his version dulu, konten amek kat caption fb kenalan² arwah pon jadi https://t.co/vaNLYSytX6
— faizzd (@fvvixx) November 13, 2020
Dia ad terbitkan buku psl MH370
— Shariah_Ghazali (@ssg_9693) November 14, 2020
Buku tu xsilap diterbitkan beberapa mggu selepas kejadian
Tajuk depan bukan main psl teori
Tp isi dalam lebih pd kronologi yg hanya dipetik dr keratan suratkhabar, internet itu ja😅 pic.twitter.com/fduhw4wtq7
Memang betul-betul sejenis yang kejar kuantiti. Allahyarham meninngal 1 Mei, dia dah siap buku 3 Mei. 🤔 pic.twitter.com/5VtjTsqkoe
— 🇲🇾 Nampru Namprai 🇲🇾 (@halfharith) November 14, 2020
Buku yang pada mulanya dilihat sebagai buku biasa itu akhirnya berubah menjadi isu dan bahan perdebatan warganet selepas seorang pengguna Twitter lain berjaya mengesahkan penerbit tersebut ‘mencedok’ isi kandungan terus melalui portal-portal di Google.
Pergi untuk menempah perayaan = Go to book festivals pic.twitter.com/MEFV3iVhRF
— Iman Danial Hakim (@WehNakBacaApaNi) November 14, 2020
Buat senarai buku untuk setiap bulan = Make a List of Books for Each Month pic.twitter.com/88a9n6opbs
— Iman Danial Hakim (@WehNakBacaApaNi) November 14, 2020
Dalam bebenangnya, warganet tersebut turut menyenaraikan laman sesawang artikel-artikel yang diambil oleh penulis itu untuk dijadikan isi kandungan dalam bukunya yang berjudul Dekad Membaca.
Malahan bebenang yang ditulis oleh pengguna Twitter tersebut telah sampai ke pengetahuan penerbit itu apabila dia kini telah berkongsi mesej suara penerbit profilik itu melalui thread baru yang dibuatnya dan mengundang pelbagai reaksi netizen.
Akhinya Melayu busuk hati dengki 😭😭😭 pic.twitter.com/XHEUdFPG2n
— Iman Danial Hakim (@WehNakBacaApaNi) November 14, 2020
Habis² salahkan sistem pula. Susah nak percaya. Ikut pengalaman aku, kalau versi Word lain², paling² lari susunan saja. Benda sepatutnya jarak, jadi rapat. Takdalah sampai campur bahasa dan rupa macam Google Translate.
— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) November 14, 2020
Kepada tuan penulis:
— Namyr✨🇲🇾 (@amnahyazid) November 14, 2020
1. Adakah tuan minta izin dengan penulis artikel yang dicedok bulat-bulat?
2. Adakah tuan memberi kredit kepada mereka sebagai rujukan?
3. Adakah tuan menyumbang tulisan baru & pengalaman sendiri?
Jika tidak, mohon gelintar etika penulisan dan unsur plagiat.
Untuk membaca artikel yang berkaitan, klik pada pautan di bawah: