Iron Man Ada Dekat Malaysia? Temui Adiwira Kegemaran Anda Di Pameran Marvel Studios

Berita baik buat semua peminat Marvel! Kini, anda berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana kostum dan prop sebenar karakter dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) secara depan-depan.

Pameran khas yang digelar sebagai Marvel Studios: Ten Year of Heroes Exhibition diadakan bermula hari ini hingga 27 Oktober 2019. Ia diadakan sempena ulang tahun Marvel yang ke-10 iaitu selepas bermulanya filem MCU pada 2008 menerusi Iron Man sehinggalah Avengers: Endgame yang ditayangkan pada tahun ini.

Jadi, apa yang menariknya tentang pameran Marvel ini?

Anda bukan sahaja akan dapat lihat segala kostum dan prop malah senjata yang digunakan dalam kesemua MCU juga bakal dipamerkan dalam pameran kali ini.

Secara keseluruhan, terdapat 10 galeri kesemuanya. Apa yang dijangka bakal menarik paling ramai pengunjung adalah Iron Man, Dr Strange, Black Panther, Thor dan juga Captain Marvel.

‘Art reactor’ Iron Man, penukul ikonik Thor Mjolnir, Stormbreaker dan juga Loki Scepter merupakan antara kelengkapan dan senjata menarik yang dijanjikan buat semua pengunjung.

Malah, kostum yang bakal dipamerkan adalah kostum asal yang digunakan oleh pelakon dalam filem MCU.

Pameran ini baru sahaja dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad hari ini, lapor Astro Awani.

Malaysia merupakan salah satu negara yang terpilih dan bertuah untuk menyaksikan pameran yang cukup istimewa ini.

Pameran ini dibuka kepada orang ramai bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di tingkat 10 Pavilion Elite sepanjang tempoh ia berlangsung.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca