Iras Wajah Seperti Leonardo DiCarpio, Lelaki Ini Salahkan COVID-19 Musnahkan Impiannya

roman

Seorang lelaki berwajah mirip pelakon Leornado DiCarpio meluahkan perasaan bagaimana COVID-19 telah memusnahkan impiannya untuk menjadi terkenal.

Roman Burtsev, 39, dikenali sejak 2016 kerana memiliki persamaan dari segi raut wajahnya dengan pelakon Hollywood itu.

Dia mula mendapat tawaran bekerja sebagai model termasuk juga tawaran iklan di mana dia perlu menyamar sebagai Leonardo DiCarpio.

Sebelum ini, ramai peminat artis Hollywood tersebut mengerumuninya semasa dia berkunjung ke bandar-bandar besar.

Kini semuanya berubah akibat pandemik COVID-19. Rancangannya untuk menempa nama di peringkat antarabangsa sudah semakin kelam.

Kewajiban untuk memakai topeng muka apabila keluar menghalang lagi keupayaan untuk orang ramai melihat persamaan wajahnya dengan bintang Hollywood itu.

Tambahan pula, pihak pengiklanan telah menarik diri daripada perjanjian selepas Roman tidak dapat menurunkan berat badannya.

Sumber: Mirror

Dia merancang untuk mencapai berat sasarannya semula menjelang tahun baru.

Roman pernah muncul dalam pelbagai iklan sebelum ini. Salah satu penampilannya di iklan vodka Five Lakes.

Dengan berlatar belakang bidang IT, dia terpaksa berhenti kerja. Ini kerana pihak majikan tidak berpuas hati dengan permintaannya untuk meminta cuti supaya dia boleh pergi ke sesi penggambaran.

Roman berharap setelah kes pandemik COVID-19 ini mula menurun sedikit demi sedikit, dia boleh kembali seperti dahulu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca