Iran Tidak Mahu Serah Kotak Hitam Pesawat Ukraine Kepada Negara Lain

Iran menegaskan bahawa mereka tidak mahu menyerahkan kotak hitam pesawat Ukraine yang terhempas baru-baru ini kepada negara lain untuk penyahkodan.

Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Iran iaitu Mohammad Eslami berkata, “Kotak hitam itu harus kekal dengan pasukan Iran yang menyiasat nahas tersebut.”

Eslami turut berkata bahawa perakam data tersebut perlu dianalisis oleh pasukan penyiasat nahas di Pertubuhan Penerbangan Awam Iran.

Dalam pada itu, pesawat Boeing 737-800 sedang berada dalam perjalanan dari Tehran ke Kiev tetapi terhempas berhampiran Lapangan Terbang Imam Khomeini di Tehran pada 8 Januari lalu.

Kemalangan itu telah meragut nyawa 176 penumpang termasuk anak kapal. Walau bagaimanapun, tentera Iran mengaku bahawa mereka tidak sengaja tertembak pesawat penumpang tersebut.

Pada pendapat anda, wajarkah tindakan Iran dengan tidak memberi kotak hitam itu kepada negara lain?

Untuk baca artikel lain berkaitan insiden pesawat Ukraine, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca