Syarikat Apple merupakan sebuah syarikat yang dikenali ramai dan dianggap sebagai salah satu syarikat yang mengeluarkan produk-produk bercirikan premium dan juga high-end di mana semua peranti dan produk yang dibawa masuk dan dijual di pasaran adalah peranti yang mempunyai harga yang agak tinggi.

Jika kita lihat di negara ini sahaja sudah cukup untuk menilai sejauh mana rakyat negara kita memandang produk daripada jenama Apple ini. Masyarakat di negara kita sudah terbiasa dengan stereotaip di mana sesiapa yang mempunyai produk Apple merupakan golongan yang berpendapatan tinggi. Walau bagaimanapun, produk Apple dikatakan kurang mendapat sambutan di negara India.

India merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang sangat ramai iaitu sebanyak 1.3 bilion. Dari sudut ekonomi, jumlah penduduk yang ramai merupakan satu perkara yang bagus. Sekiranya sesuatu produk itu dapat dijual dan mendapat sambutan ramai, sudah tentu ia menguntungkan syarikat tersebut. Salah satu sebab produk Apple ini kurang mendapat sambutan di hati rakyat India adalah kerana harga produk itu sendiri.

Untuk harga bagi smartphone terbaharu Apple, terdapat perbezaan harga yang dijual di India dan di Amerika Syarikat.

1. Harga iPhone XR dijual di AS: $749 (RM3061), manakala di India ia dijual dengan harga $1092 (RM4463)

2. Harga iPhone XS dijual di AS: $999 (RM4083), manakala di India ia dijual dengan harga $1419 (RM5800)

3. Harga iPhone XS max dijual di AS: $1099 (RM4492), manakala di India ia dijual dengan harga $1561 (RM6380)

Harga yang ditawarkan Apple merupakan satu jumlah yang sangat tinggi bagi penduduk di India. Oleh sebab itu, rakyat di sana lebih memilih produk Android seperti Xiaomi, Vivo, Oppo dan Samsung. Harga yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tersebut jauh lebih murah berbanding harga yang ditawarkan Apple.

Penulis

  • Muhammad Nurhakim Bin Mohd Jaffri adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda