Internet Korang Kurang Laju Dan Tidak Seperti Yang Dijanjikan? Korang Harus Cuba 5 Langkah Ini Dahulu

Korang mesti pernah mengalami masalah tentang perkhidmatan internet yang kurang laju tidak seperti yang telah dijanjikan oleh penyedia perkhidmatan.

Jika korang mengalami masalah ini, benda yang selalu dilakukan adalah membuat panggilan dan menyalahkan penyedia perkhidmatan internet (ISP).

Sebenarnya, korang boleh lakukan beberapa langkah atau semakan ini sendiri sebelum membuat sebarang panggilan terhadap mereka. Untuk penulisan kali ini, kami akan kongsikan 5 langkah yang boleh korang lakukan sebelum membuat panggilan ISP.

1. Mematikan Dan Menghidupkan Kembali Router/Modem

Ia merupakan langkah pertama yang patut diambil bagi mengesan sekiranya masalah internet kurang laju berpunca daripada router/modem korang.

2. Semak Peranti Lain Sekiranya Mengalami Masalah Yang Sama

Korang tahu tak sebenarnya peranti seperti telefon pintar dan komputer riba mempunyai cip pemprosesan yang tersendiri. Selain prestasi penggunaan, ia juga mempengaruhi kepantasan internet peranti.

Peranti dengan cip lebih berkuasa dan ia menerima isyarat dengan lebih baik, sekaligus memberikan internet korang menjadi lebih laju.

Peranti keluaran terkini biasanya mempunyai kelajuan internet yang lebih pantas berbanding dengan peranti lama.

3. Tukar Router Jika Perlu

Router juga menjadi salah satu aspek penting bagi memastikan kelajuan internet maksima dapat diberikan. Ia sama seperti peranti (telefon pintar, laptop dan lain-lain), router baharu dapat menawarkan sambungan yang lebih pantas dan stabil berbanding router lama.

Hal ini kerana, router lama mempunyai antenna yang lebih lemah sekaligus akan mengurangkan jarak liputan.

4. Ubah Kedudukan Router

Sekiranya korang menggunakan router terkini dan berkualiti tinggi tetapi masih mengalami masalah sama, korang perlu mengubah kedudukan router.

Hal ini kerana, semakin jauh jarak peranti dengan router, semakin banyak halangan yang perlu ditempuhi oleh gelombang internet sebelum sampai ke peranti korang. Ia akan menyebabkan gelombang semakin lemah dan sambungan internet semakin perlahan.

Korang juga boleh memasang “wireless repeater” atau alihkan apa-apa yang boleh melemahkan gelombang seperti papan logam dan akuarium .

5. Pastikan Peranti Bebas Virus/Malware

Virus adalah antara musuh utama bagi setiap peranti. Ia bukan sahaja akan memperlahankan prestasi peranti. Namun, boleh memberi kesan terhadap kelajuan internet.

Hal ini berlaku kerana ia boleh dijalankan secara latar belakang dan berhubung dengan internet tanpa pengetahuan pengguna. Jika hal ini berlaku korang akan mendapati sambungan internet korang akan menjadi semakin perlahan.

Oleh itu, pastikan peranti korang sentiasa dilindungi program antivirus yang boleh dipercayai dan berkualiti.

Langkah ini merupakan langkah awal yang boleh korang ambil sekiranya mengalami masalah internet perlahan. Namun, ia bukanlah jalan penyelesaian mutlak untuk korang dan jika masalah berterusan, langkah terbaik adalah menghubungi pembekal perkhidmatan internet korang.

Sumber: Wiser.my

Artikel Lain Untuk Di Baca