Intermitten Fasting Khas Buat Yang Ingin Kurus Tanpa Berlapar

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, tahukah anda puasa merupakan pilihan yang baik?
Bahkan menurut Dr. Siti Aniza Basir dalam satu kenyataan di laman Facebooknya,  beliau mengatakan Intermittent Fasting (IF) adalah diet terbaik!

IF telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah diet terbaik. Hal ini kerana IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.

 

 

IF ini ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12-14 jam. Jadi terpulang kepada anda nak mula jam berapa. Kalau start 6.30 petang, esok pagi jam 9.30 baru breakfast. Kalau 8.30 malam-11.30 pagi baru start makan/breakfast.

Kebaikan Intermitten Fasting

‘Berpuasa’ dalam erti kata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD’ di siang hari, ia tetap akan membantu anda HILANG LEBIH BANYAK Kilo!

 

Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16 jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 9.30 hingga 10.30 pagi!

Bagaimanakah Caranya?

As newbie – Doktor ini menasihatkan buat 12 jam dulu. Kita start last dinner kul 6.30 petang, dan mulakan sarapan esok hari pada 6.30 pagi.

Bila dah okay, buat 14 jam. 6.30 petang dinner dan 8.30 am baru breakfast.

Selepas itu , teruskan perjuangan 16 jam. Dinner pada jam 6.30 petang, breakfast merangkap lunch pada pukul 10.30 pagi.

Namun Bagaimana Jika Lapar ?

Jangan risau, bagi IF anda dibolehkan untuk minum air. Contohnya:

1. Minum air masak

2. Minum air garam-garam bukit 1/2teaspoon with air mineral

3. Teh hijau

4. Kopi

5. Teh

Pastikan nombor 3,4,5 semua tanpa gula atau susu okay?

 

IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas/Craving /Ketagihan /Sifat nak mengunyah yang tak habis-habis tu. So, cubalah. Mana tahu berkesan kan?

 

Artikel Lain Untuk Di Baca