Dipercayai ‘terkantoi’ duduk di kerusi ekonomi, seorang ‘influencer’ terpaksa tebal muka menanggung malu setelah memuat naik gambar berada di kerusi bisnes dalam sebuah penerbangan baru-baru ini.
Merujuk laporan Mirror, ‘influencer’ berusia 27 tahun yang mempunyai lebih 877,000 pengikut di Instagram pada awalnya mengikuti penerbangan dari Bordeux, Perancis menuju ke Monaco.
Ketika itu, dia kelihatan menawan dengan mengenakan jaket separa hijau muda dan seluar trek ungu. Di samping itu, dia menggayakan beg tangan hitam dan bergambar di tempat duduk bahagian kelas bisnes yang agak mewah.

Gadis itu ‘berjaya’ meraih lebih 109,000 tanda ‘Likes’, mungkin sebahagian besar daripada pengikutnya sendiri setelah memuat naik foto tersebut ke laman akaun Instagram.
Menerusi hantaran itu, dia menulis kapsyen pendek berbunyi:
‘Next stop – Monaco. Je fly toute la night’ yang membawa makna ‘Hentian seterusnya, Monaco. Saya akan terbang sepanjang malam (ini)’.
Pun begitu, berlaku sedikit kemusykilan kerana dikatakan dia telah menutup ruangan komentar pada hantaran tersebut. Pengikut di laman Instagramnya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian sehinggalah ‘terkantoi’ di Twitter.
Pada masa yang sama, salah seorang individu mengikuti gadis ini di laman Instagram turut berada dalam penerbangan yang sama.
Namun, individu itu melihat gadis ini tidak mengambil tempat duduk kelas bisnes yang tidak jauh beberapa baris di belakangnya. Sebaliknya gadis itu hanya duduk di bahagian kerusi ekonomi.
Sebelum memuat naik ke Twitter, lantas peminat tersebut mengambil gambar ‘influencer’ berkenaan. Melalui hantaran dengan kapsyen berbunyi:
“Dia duduk di (bahagian) ekonomi, lol.”
Serentak dengan itu, foto tersebut tular dan mendapat kecaman pelbagai pihak. Rata-rata netizen mempersendakan tindakan gadis itu yang ‘acah-acah’ kaya hanya disebabkan bergambar di tempat duduk kelas bisnes, walhal dia hanya mampu duduk di kelas ekonomi.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: