Instagram Memperkenalkan Fungsi Undian Secara Privasi Melalui DM

Melalui satu tweet, Instagram mengumumkan fungsi baru yang sedia untuk digunakan iaitu undian (poll) secara langsung melalui kotak Direct Message (DM).

Sebelum ini, fungsi undian hanya boleh digunakan di tetapan ig story dengan pilihan untuk undian umum atau rakan rapat (close friend) sahaja.

Fungsi baru ini didatangkan dengan pilihan untuk undian DM kepada seorang kawan ataupun dalam kumpulan besar (group).

Berikut disertakan screenshot bagaimana untuk menghantar undian melalui kotak DM kepada kumpulan besar atau lebih dari seorang rakan.

Klik ‘+’ pada sudut kanan sebelah atas. Kemudian pilih kawan-kawan yang ingin dimasukkan dalam kumpulan.

Namakan kumpulan tersebut atau tinggalkan kosong.

Siap. Kemudian bolehlah mula buat undian rahsia di kotak DM anda.

Kemas kini aplikasi anda sekarang untuk mencubanya!

Artikel Lain Untuk Di Baca