Awal tahun lalu, terdapat sebuah kisah menyayat hati yang tular dalam kalangan rakyat Malaysia apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun menziarahi pusara arwah bapanya.
Namun, apa yang lebih meruntun jiwa adalah apabila kanak-kanak bernama Adlina Marie itu bertanya kepada ibu mengapa bapanya tidak keluar dari kubur untuk melihatnya.
Menerusi video tersebut, ibu Adlina iaitu Siti Sukainah Rahim kembali menenangkan anaknya dengan memaklumkan bahawa bapa kanak-kanak berkenaan itu menunggu mereka di syurga dengan nada yang sebak.
My brother passed away 3 years ago, when adlina just turned 2. She was her ayah’s lil girl. It was a tough moment for us. Today, adlina visited her ayah again cause she misses him. Al-fatihah ❤️ pic.twitter.com/Ln0MEfoLyC
— Kitty 🐱 (@Anne_mokhtar) February 12, 2020
Video yang mengundang sebak tersebut memaparkan Adlina berkata dia merindui bapanya yang terkorban dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2017 selain memberitahu bahawa dirinya sudah besar.
Dalam pada itu, kisah tersebut turut menarik perhatian penyanyi terkenal tanah air, Haqiem Rusli untuk menghasilkan satu lagu buat kanak-kanak berkenaan.
Ini sebab kenapa Haqiem cipta lagu buat Adlina

Gara-gara tidak mahu leka dalam zon selesa, Haqiem ingin tampil dengan sesuatu yang baharu. Oleh itu, penyanyi lagu Segalanya itu mengangkat kisah benar Adlina rindukan bapa yang sudah tiada dalam lagu beliau.
Penyanyi Tergantung Sepi itu menjelaskan bahawa, “Lagu saya bertajuk Adlina Marie ini lebih ke arah kekeluargaan dan cinta yang bersifat universal. Liriknya kalau difahami bersifat neutral dan ia boleh disesuaikan mengikut terjemahan masing-masing.”
Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet meninggalkan reaksi positif terhadap lagu berkenaan:
"IM HAPPY ADE ABG HAQIEM RUSLI💛"
— Aisyahruslee (@Aisyahrusleee) September 9, 2020
The best song for ADLINA MARIE💛
And will become memory for Adlina Marie💛@HaqiemRusli #ADLINAMARIE pic.twitter.com/gqtN6shdG2
Its a song from Haqiem Rusli titled Adlina Marie, everyone! 😭 siapa yang tak pernah dengar lagi go and spare some time to listen, the lyrics might touch your soul 🥺❤️ https://t.co/zeMN8jeznB
— 🗣 (@whtfyxsays) November 15, 2020
Adlina Marie by haqiem rusli is so freaking good.Lovely melody.Gentle and soothing voice by haqiem. So nice.
— sab_03 (@mikispade551) November 11, 2020
Not a fan of malay songs but Adlina Marie by haqiem rusli is da bomb 🥺👍🏻
— mairah (@um4irahh) September 11, 2020
adlina marie by haqiem rusli hits different when you sad
— qee⁷ (@cyberxpjm) November 16, 2020
Semoga lagu Haqiem ini boleh membuka mata orang lain juga bahawa kehilangan orang tersayang juga sangat memilukan. Anda boleh tonton video penuh di bawah.
Penulis:
- Nor Hafikah Hasim adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
- Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan kisah lagu, anda boleh klik pada pautan di bawah: