Insan Dicintai Terkorban Dalam Serangan Zionis, Ucapan Pemuda Gaza Ini Buat Ramai Tersentuh Hati

Insan Dicintai Terkorban, Ucapan Pemuda Gaza Ini Menyentuh Hati_6

Detik yang paling dinantikan bagi mana-mana pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga adalah ketika bersama di atas pelamin indah. Suasana majlis walimatulurus yang membahagiakan, diraikan oleh keluarga juga sahabat-sahabat terdekat.

Seorang pemuda di Gaza, Palestin ini sangat menyentuh hati kita semua dengan apa yang menimpa terhadap dirinya. Dipercayai akibat serangan udara Tentera Israel menyebabkan tunangnya terkorban dan syahid.

Sumber: Siakap Keli

Menurut laporan, pemuda yang bernama Anas al-Yazji sudah bertunang dengan pasangannya, Shaima Abul Ouf sejak dua tahun yang lalu. Namun mereka belum lagi melangsungkan majlis ‘walimatul urus’.

Dia telah memperuntukkan masa kira-kira dua bulan lamanya untuk menyiapkan rumah buat mereka duduki nanti. Sepatutnya majlis pernikahan mereka akan berlangsung dalam bulan Syawal ini dan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, jelas Anas.

Detik hitam kisah mereka bermula apabila Anas bertanya khabar kepada Shaimaa melalui panggilan telefon pada suatu malam.

“Saya bertanya kepadanya, ‘Shaimaa, awak berada di mana? Boleh saya tahu?’. Tiba-tiba bunyi ledakan bom yang kuat kedengaran di corong telefon. Saya cuba mencarinya di lokasi kejadian namun tidak ditemui.”

“Bagaimanapun, mereka semua telah syahid. Saya bersyukur kepada Allah, Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas kejadian itu.

Sumber: Siakap Keli

Secara harfiahnya, lelaki mana yang tidak sedih melihat apabila insan yang dicintai telah pergi selama-lamanya. Di sebalik timbunan runtuhan bangunan yang dibedil itu, Anas sempat menemui mayat Shaimaa.

“Ketika saya temui dia, sebelum ini, saya melihat wajahnya tersenyum. Saya berkata, ‘Demi Allah wahai Shaimaa, ternyata kau lebih kuat berbanding aku’,” tambahnya.

Sumber: Siakap Keli

Anas merupakan seorang pemuda Gaza yang luar biasa tabahnya dan tidak seperti lelaki-lelaki yang lain. Dia lebih bersyukur kerana Shaimaa menemui Penciptanya dengan cara terhormat iaitu syahid. Walaupun pemergian Shaimaa secara mengejut namun tidak membuatkan Anas menjadi lemah.

“Kerana Allah, saya berasa gembira. Dia (Shaimaa) telah syahid dan dia mampu memberikan pertolongan (syafaat) untuk 70 lagi ahli keluarganya yang lain. Kita semua memang akan kembali pada Allah.”

“Saya berharap sangat agar saya menjadi orang yang pertama mendapat syafaatnya nanti. Dan jika Allah izinkan, Shaimaa diangkat menjadi ketua Hur Al-Alyn (bidadari syurga) nanti, In sha Allah. Saya berharap dan berdoa kepada Allah untuk segalanya,” luahnya.

Menurut laporan lagi, Shaimaa, 21, merupakan pelajar tahun tiga jurusan pergigian. Bedilan bom yang menyasarkan rumahnya hingga mengakibatkan ibu dan dua adik lelakinya turut terkorban.

Bukan sahaja terkena dengan bedilan, dipercayai bahawa mayat Shaimaa dan ahli keluarganya tertimbus di sebalik runtuhan tersebut. Kira-kira selepas 14 jam pihak penyelamat berjaya menemui mayat mereka.

Perginya seorang srikandi ini bukan calang-calang orang. Dia merupakan seorang yang lemah-lembut, berpendidikan tinggi dan berakhlak mulia. Bahkan juga seorang Hafizah yang tersemat lengkap dalam hatinya 30 juzuk Al-Quran. Sesungguhnya, syurga memang menantikan kehadirannya.

Semoga Anas meredai kehilangan insan paling dicintai dengan hati yang tabah malah, menjadi pemangkin semangat buat kita sentiasa percaya akan hikmah yang berlaku di sebalik ujian yang diturunkan daripada-Nya. Salam takziah atas pemergian srikandi Gaza, As-Syahidah Shaimaa Abul Ouf. Al-Fatihah.

I have ever seen a people stronger than Palestinian 🇵🇸❤️

I have ever seen a people stronger than Palestinian 🇵🇸❤️

Posted by Inspire To Be Islamic on Tuesday, May 18, 2021
Sumber: Facebook (Inspire To Be Islamic)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca