Inovasi Terbaharu, Pad Arang Ini Mampu Tapis Bau Kentut Anda Daripada Tersebar Di Udara Dan Bikin Orang Pengsan

Ada ke pembaca di sini yang sanggup untuk hidu kentut orang lain? Rasanya, semua orang lebih rela hidu bau sampah berbanding kentut.

Lainlah kalau dibayar puluhan ribu ringgit, mungkin ada yang sanggup. Demi duit, yang tadi tak sanggup pun tiba-tiba sukarela. Namun begitu, tak pernah lagi dengar ada individu yang sanggup bayar orang untuk hidu kentut dia.

Walaupun kentut ini sebenarnya bagus buat kesihatan kerana ia dapat membuang gas sekali gus mengelakkan perut daripada menjadi kembung, ia juga boleh mengundang makian si penghidu. Lagi-lagi jenis kentut yang tidak ada bunyi, tahu-tahu bau semerbak muncul. Tambah pula kalau insiden kentut itu berlaku di tempat yang tertutup seperti lif dan kereta, memang boleh bawa gaduh!

Untuk mengelakkan daripada kena maki, ramai yang memilih untuk menahan kentut. Kadang-kadang, tahan kentut punya pasal sampai merah padam muka. Selepas itu, mulalah perut jadi tidak selesa kerana angin yang ‘berkobar-kobar’ ingin keluar tadi tidak terlepas.

Memandangkan kita kini berada pada zaman yang teknologinya sangat canggih, isu tahan kentut atau hidu kentut orang ini mungkin tidak akan berlaku lagi. Satu inovasi iaitu pad arang yang mampu menapis bau kentut busuk telah diperkenalkan. Konsepnya adalah pad itu bersifat sebagai ‘penapis’ bau busuk sebelum ia sempat ‘berlegar-legar’ di udara.

Ia amat sesuai untuk dijadikan hadiah kepada rakan-rakan anda yang kerjanya kentut setiap masa.

Macam mana cara pemakaiannya? Mudah sahaja! Anda cuma perlu letakkan pad pada bahagian luar seluar dalam anda. Semudah itu sahaja, kentut anda kini tidak lagi membuat mereka yang terhidunya terseksa. Malah, pad itu juga sangat nipis. Jadi, anda tidak perlu risau kerana orang lain tidak akan perasan yang anda sedang memakai pad tersebut.

Bahan utama yang digunakan untuk membolehkan pad itu berfungsi sedemikian ialah arang. Aranglah yang memainkan peranan penting dan ‘bertanggungjawab’ dalam menyerap segala bau kentut itu.

Ia dijual pada harga $65.85 (RM273.46) di laman Amazon. Jadi, dengan memakai pad ini, anda tidak perlu lagi risau untuk melepaskan ‘bom’ di khalayak ramai.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca