“Inilah Wedding Of The Year”, ‘Syaitan’ Datang Ke Majlis Kahwin

"Inilah Wedding Of The Year", 'Syaitan' Datang Ke Majlis Kahwin

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan para tetamu seperti seekor makhluk yang hodoh dan ganas di sebuah majlis perkahwinan. Kejadian ini berlaku di Indonesia dan dipercayai mereka mengenakan pakaian seperti syaitan.

Difahamkan, kelihatan lebih daripada 10 tetamu mengenakan kostum tersebut sambil mengiringi pengantin lelaki masuk ke dalam majlis menerusi satu perkongsian oleh @Sanggarriasmehrunisa di aplikasi TikTok.

Sumber: TikTok (@sanggarriasmehrunisa)

Orang ramai yang hadir ke majlis itu turut terkejut dan ada juga mengambil peluang bersama makhluk tersebut.

Salah seorang dari mereka memegang replika seperti kepala binatang lalu menghidupkan suar berwarna kuning sebelum pengantin berarak memasuki dewan.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dan ada juga berasa seram dengan kostum dipamerkan oleh tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.

Sumber: TikTok (@sanggarriasmehrunisa)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut meraih lebih 2.6 juta tontonan dan 102.6 tanda suka di akaun TikTok miliknya.

@sanggarriasmehrunisa

Pengantin ku kali ini pasangan pemain Seni Budaya Barongan.

♬ suara asli – sanggar rias mehrunisa – sanggar rias mehrunisa
Sumber: TikTok (@sanggarriasmehrunisa)

Untuk bara artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca