Inilah Rupa Asal Syarikat-Syarikat Terkenal Dunia Suatu Ketika Dahulu

Kebanyakan syarikat ikonik dan bernilai berbilion dolar pada hari ini semuanya bermula dari bawah.

Namun, ia bukanlah satu usaha yang mudah untuk kekal dalam perindustrian sehingga sekarang. Pastinya syarikat-syarikat ini mengalami banyak cabaran yang dahsyat.

Di sini, kami kongsikan rupa asal bagi 3 syarikat terkenal dunia suatu semasa dahulu:

1. Subway (1968)

Pada tahun 1965, remaja berusia 17 tahun, Fred DeLuca meminjam RM4,000 daripada rakan keluarganya, Dr. Peter Buck untuk membuka sebuah perniagaan makanan yang akhirnya mampu menyokong pelajarannya untuk belajar bidang perubatan.

Pada mulanya, diberi nama Pete’s Submarines, Fred kemudian menukarkan nama tersebut kepada Pete’s Subway. Pada tahun 1968, nama tersebut dipendekkan kepada ‘Subway’ sahaja.

Setelah beberapa tahun berlalu dan banyak halangan direntasi, perniagaan Fred mula mendapat sambutan yang hangat. Pada tahun 1978, cawangan Subway ke-100 dibuka.

Kemudian, Subway terus melakar nama apabila telah berjaya membuka cawangan ke-1000, pada tahun 1987.

2. Ford (1900-1921)

Henry Ford meninggalkan rumahnya ketika usianya masih muda lagi. Dia bekerja sebagai pelatih di beberapa syarikat automatif sehingga dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jurutera di Edison Iluminating Company of Detroit pada tahun 1901.

Pada ketika itu, kereta dianggap sebagai mainan bagi golongan kaya sahaja, tetapi Henry percaya bahawa dia boleh menghasilkan kereta secara besar-besaran dan boleh dimiliki oleh semua orang.

Untuk merealisasikan impiannya, Henry Ford membuka Syarikat Automobil Detroit pada tahun 1899 yang ditukarkan nama kepada Syarikat Henry Ford pada tahun 1901.

3. Amazon (1999)

Pengasas Amazon, Jeff Bezos, meninggalkan jawatannya sebagai naib presiden D.E.Shaw & Co. difirma Wall Street untuk mencuba dan mencipta nama dalam perkembangan perniagaan internet.

Jeff kemudiannya memulakan langkah dengan menubuhkan sebuah syarikat dari garaj rumahnya yang diberi nama ‘Cadaver’.

Namun, beberapa bulan kemudian apabila dia mendengar seorang peguam tersalah sebut nama tersebut, Jeff memutuskan untuk mengubahnya kepada nama Amazon.

Nama Amazon dipilih kerana tempat itu yang eksotik dan berbeza.

Ia bermula sebagai kedai buku dalam talian kemudiannya secara beransur-ansur menjadi kedai dalam talian yang menjadikan Jeff Bezos sebagai manusia terkaya di dunia ketika ini.

Jadi, tidak ada yang mustahil untuk berjaya. Kejayaan utama mereka sehingga hari ini terhasil daripada usaha yang gigih bukan dengan alasan yang menggunung.

Artikel Lain Untuk Di Baca