Ini Yang Bakal Berlaku Sekiranya Anda Malas Cuci Pelitup Muka Kain

Pemakaian pelitup muka sudah menjadi satu kewajipan bagi semua orang di seluruh dunia terutamanya bagi rakyat di Malaysia. Ia adalah sebagai salah satu usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Rata-rata daripada rakyat di Malaysia juga lebih gemar memakai pelitup muka yang dibuat daripada kain kerana ia lebih mudah dan menjimatkan. Walau bagaimanapun, mereka ini tidak mengambil berat mengenai isu kebersihan dan mengulang pakai tanpa mencucinya.

Untuk pengetahuan, pelitup muka bukan sahaja penyebab pada jangkitan kulit, malah kombinasi di antara udara panas, lembab serta pelitup muka yang ketat dan kotor juga boleh menyebabkan tumbuhnya kulat mahupun bakteria.

Jangkitan kulat yang menyebabkan kegatalan pada kulit muka ini dikenali sebagai ‘candida’.

Menurut Pakar Dermatologi, Susan Massick, ia boleh berlaku jika pelitup muka yang digunakan tidak pernah dicuci ditambah dengan udara panas dan lembab yang membuatkan kulat ini senang membiak.

Beliau juga turut memberitahu bahawa jenis jangkitan kulat pada wajah yang paling umum adalah dermatitis seboroik yang ditemui pada bahagian kelenjar minyak wajah.

“Jangkitan ini akan memfokuskan pada bahagian hidung, kening dan sekitar telinga. Ia akan menyebabkan ruam kemerahan atau sedikit kekuningan dan berminyak,” kata Susan.

Penggunaan pelitup muka selama berjam-jam turut meningkatkan risiko jangkitan. Untuk mencegahnya, buka pelitup muka jika berada di kawasan tidak ramai orang.

Cara ini boleh mengurangkan rasa panas, berpeluh, lembap serta meningkatkan pengaliran udara. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Menurut Susan, jika seseorang individu itu menggunakan pelitup muka kain, sebaik-baiknya ia dicuci dengan kerap dan menukar yang baharu setiap hari.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkaitan pelitup muka, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca