Ini Wajah Pelakon Drama Korea, My Girl Selepas 14 Tahun

Majoriti pembaca di sini pasti pernah menonton drama korea, My Girl yang cukup popular pada suatu ketika dahulu. Drama ini pernah menjadi fenomena dan setiap episod yang ditayangkan di kaca televisyen pasti ditunggu-tunggu oleh para penonton.

Drama yang terdiri daripada 16 episod ini mula disiarkan pada tahun 2005. Ini bermakna sudah 14 tahun berlalu semenjak drama tersebut disiarkan. Antara barisan pelakon yang membintangi My Girl adalah Lee Da-hae (Joo Yoo-rin), Lee Dong-wook (Seol Gong-chan), Lee Joon-gi (Seo Jung-woo) dan Park Si-yeon (Kim Se-hyun).

Ia mengisahkan kesungguhan seorang anak, Joo Yoo-rin yang mencari duit untuk melangsaikan hutang ayahnya. Pada masa yang sama, dia bertemu dengan Seol Gong-chan yang merupakan pewaris tunggal kepada L’Avenue Hotel. Bagi menunaikan impian datuknya yang sedang nazak, Gong-chan membayar Yoo-rin untuk menyamar sebagai cucu kepada datuknya yang telah lama hilang.

Agak-agak bagaimana wajah-wajah pelakon drama ini selepas 14 tahun? Di sini, kami kongsikan gambar-gambar terkini mereka:

1. Lee Da-hae (Joo Yoo-rin)

2. Lee Dong-wook (Seol Gong-chan)

3. Lee Joon-gi (Seo Jung-woo)

4. Park Si-yeon (Kim Se-hyun)

Walaupun sudah 14 tahun berlalu, mereka masih kelihatan muda seperti di dalam drama My Girl. Meskipun usia mereka sudah di atas 30-an tetapi mereka tetap kelihatan cantik dan kacak.

Artikel Lain Untuk Di Baca