Ini Wajah Pelakon Drama Korea, Autumn In My Heart Selepas 19 Tahun

Pasti ramai pembaca di sini yang pernah menonton drama Korea, Autumn In My Heart yang cukup popular pada suatu ketika dahulu. Drama ini pernah menjadi fenomena dan setiap episod yang ditayangkan di kaca televisyen pasti ditunggu-tunggu oleh para penonton.

Ia mengisahkan hubungan adik-beradik di mana apabila meningkat dewasa, mereka mendapat tahu bahawa mereka sebenarnya tiada pertalian darah dan terpaksa berpisah. Kedua-dua watak ini bertemu kembali setelah bertahun-tahun terpisah dan mula jatuh cinta. Namun begitu, ada watak ketiga yang hadir di mana dia turut jatuh cinta kepada heroin drama ini.

Drama yang terdiri daripada 16 episod ini mula disiarkan pada tahun 2000. Ini bermakna sudah 19 tahun berlalu semenjak drama tersebut disiarkan. Antara barisan pelakon yang membintangi Autumn In My Heart adalah Song Seung-heon (Yoon Joon-suh), Song Hye-kyo (Choi Eun-suh), Won Bin (Han Tae-seok) dan Han Chae-young (Shin-ae).

Ada di antara mereka yang masih lagi bergiat dalam dunia lakonan. Agak-agak bagaimana wajah-wajah pelakon drama ini selepas 19 tahun? Di sini, kami kongsikan gambar-gambar terkini mereka:

1. Song Seung-heon (Yoon Joon-suh)

2. Song Hye-kyo (Choi Eun-suh)

3. Won Bin (Han Tae-seok)

4. Han Chae-young (Shin-ae)

Semuanya masih kelihatan muda seperti di dalam drama Autumn In My Heart walaupun hampir 20 tahun berlalu. Meskipun usia mereka sudah di atas 30-an tetapi mereka tetap kelihatan cantik dan awet muda.

Artikel Lain Untuk Di Baca