Ini Wajah Hero Filem Mohabbatein Selepas 19 Tahun

Adakah anda masih ingat filem romantik Bollywood Mohabbatein yang sangat terkenal sekitar tahun 2000? Pada tahun ini, filem pecah panggung tersebut sudah berusia 19 tahun.

Filem arahan Aditya Chopra ini dibarisi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Amitabh Bachchan, Shah Rukh Khan, Uday Chopra, Jugal Hansraj, Jimmy Shergill dan juga Aishwarya Rai Bachchan.

Setiap kali filem ini keluar di kaca televisyen, sudah pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk melihat wajah-wajah hero filem tersebut yang sangat kacak, bukan?

Agak-agak bagaimana wajah-wajah hero filem itu selepas 19 tahun? Di sini, kami kongsikan wajah-wajah mereka. Antaranya adalah:

1. Uday Chopra

Memegang watak sebagai Vikram Kapoor atau Oberoi iaitu seorang pelajar yang pandai menari. Menerusi filem tersebut dia telah berjaya menempatkannya sebagai calon Anugerah Filmfare bagi kategori Debut Lelaki Terbaik. Selain itu, Uday Chopra juga sangat terkenal dengan filem siri Dhoom 1 hingga 3.

Setelah 17 tahun berlalu dia dikenali sebagai selebriti yang aktif di Twitter dan sangat lucu di media sosial. Uday Chopra juga adalah seorang lelaki kaya yang sedikit nakal, namun berhati melankolis.

2. Jimmy Shergill

Siapa yang dapat lupakan watak Karan Chaudry yang telah dimainkan oleh Jimmy Shergill. Dalam filem tersebut dia memegang watak seorang pelajar yang sangat baik dan bercinta dengan seorang janda berhias bernama Kiran. Antara filem lain yang pernah dibintanginya ialah Dil Hai Tumara bersama Preity Zinta, My name is Khan dan juga Bang Bang.

Walaupun usianya sudah menjangkau 48 tahun, saat ini dia masih aktif di dunia lakonan dan terlibat dalam beberapa judul filem top Bollywood seperti Tanu Weds Manu, Munnabhai M.B.B.S., dan A Wednesday.

3. Jugal Hansraj

Wajah “Baby Face” Jugal Hansraj sudah pasti membuatkan ramai yang akan mengingatinya dalam filem tersebut. Dan bagi siapa yang tidak tahu, Jugal sudah memulakan kariernya sejak kecil lagi.

Kini Jugal tidak lagi berlakon, dia lebih menumpukan perhatian terhadap penerbitan dan juga sebagai pengarah. Antara filem yang diarahkan olehnya ialah Roadside Romeo (2008) dan Pyaar Impossible! (2010).

Sampai sekarang filem ini tidak pernah rasa jemu untuk ditonton banyak kali. Filem Bollywood Mohabbatein tersebut memang meletop dan pernah ditayangkan di Malaysia beberapa kali.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca