Semasa kecil, kita semua pasti ada memiliki sekurang-kurangnya sebuah buku cerita tentang kisah-kisah dongeng, tidak kisahlah kisah dongeng dari negara mana sekalipun. Cinderella, Rapunzel dan Pinocchio adalah antara kisah-kisah dongeng popular yang kita semua pasti tahu.
Sebagai kanak-kanak, kita semua disajikan dengan pengakhiran kisah-kisah dongeng tersebut yang kebiasaannya selesai dengan ‘happy ending‘. Sampai satu tahap, kita semua percaya yang ‘Every life and story will definitely ends with a happy ending‘.
Hakikatnya, itu semua hanya wujud dan berlaku dalam dunia dongeng. Hakikatnya juga, kisah-kisah dongeng yang kita baca dan tahu selama ini bukanlah versi asal. Sesetengah kisah-kisah dongeng telah diubah jalan ceritanya untuk disesuaikan dengan pembacaan, terutamanya kanak-kanak.
Berikut merupakan versi asal kisah-kisah dongeng popular yang menjadi kegemaran kita semua.
#1. Snow White And The Seven Dwarfs (Puteri Salju Dan Tujuh Orang Kerdil)
Kisah dongeng popular ini adalah berdasarkan kehidupan tragik seorang wanita bangsawan Bavarian bernama Margarete Von Waldeck pada abad ke-16. Margarete dibesarkan di Bad Wildungen. Abangnya menggunakan khidmat kanak-kanak untuk bekerja di lombong tembaga miliknya. Kesan daripada kerja-kerja perlombongan yang berat, kesemua kanak-kanak tersebut mengalami kecacatan yang teruk; seterusnya digelar orang kerdil.
Ibu tiri Margarete membencinya dan beliau telah menghantar gadis tersebut ke mahkamah Brussels untuk menghapuskannya. Di sana, Prince Philip II dari Sepanyol menjadi kekasih Margarete. Bapa Prince Philip II, Raja Sepanyol menentang keras percintaan mereka. Baginda akhirnya menghantar ejen Sepanyol untuk membunuh Margarete. Margarete mati akibat diracun.
#2. Rapunzel

Dalam kisah dongeng popular versi Adik-Beradik Grimms ini, Rapunzel ialah seorang gadis cantik yang mempunyai rambut yang sangat panjang dan dia telah dikurung di sebuah menara oleh seorang ahli sihir jahat.
Ahli sihir telah dikatakan mendapat tahu yang sang putera kerap kali melawat Rapunzel yang ketika itu sedang mengandung. Ahli sihir kemudiannya menggunting rambut Rapunzel dan meninggalkan Rapunzel di dalam hutan tebal.
Tidak tahu akan hal tersebut, putera tersebut datang melawat Rapunzel malam itu. Sang putera memanjat menara tersebut dengan menggunakan rambut Rapunzel yang panjang itu tanpa sebarang wasangka, sehingga dia akhirnya bertemu dengan ahli sihir. Bukannya Rapunzel seperti selalu. Putera tersebut ditolak jatuh oleh ahli sihir dan dia jatuh ke dalam belukar berduri.
Anda mesti fikir yang putera tersebut selamat kerana terjatuh ke dalam belukar berduri tersebut, bukan? Ya, sama sekali tidak. Belukar berduri tersebut telah mencucuk keluar mata sang putera.
#3. Little Red Riding Hood (Si Kecil Berkerudung Merah)
Seperti yang kita semua tahu – Si Kecil itu dalam perjalanan pergi ke rumah neneknya. Dalam sesetengah versi asal kisah ini, sang serigala telah datang lebih awal ke rumah nenek Si Kecil dan memotong tubuh nenek Si Kecil. Serigala kemudiannya meletakkan daging yang telah dipotong di dalam pantri manakala darah si nenek pula disimpan di dalam sebuah botol wain.
Sang serigala kemudiannya mengarahkan Si Kecil untuk makan. Si Kecil patuh tanpa mengetahui bahawa daging yang dimakannya itu adalah sisa tubuh nenek kesayangannya.
#4. Pinocchio
Dalam versi asal kisah ini yang ditulis oleh Carlo Collodi, Gepetto (si pembuat boneka) telah mengukir Pinocchio. Setelah selesai Pinocchio diukir, boneka itu cabut lari. Pinocchio kemudiannya ditangkap oleh polis dan polis yang menjumpai Pinocchio menyangkakan bahawa Pinocchio telah didera oleh Gepetto. Malangnya, Gepetto ditangkap dan dipenjara.
Sekembalinya Pinocchio di rumah Gepetto, dia telah membunuh seekor cengkerik yang bijak dan boleh berkata-kata. DIi akhir cerita, Pinocchio telah digantung pada sebuah pokok lalu mati.
#5. Cinderella
Dalam versi asal tulisan Adik-Beradik Grimms, kakak sulung Cinderella yang dalam percubaannya untuk mencuba kasut kaca telah memotong kedua ibu jarinya. Kakak kedua Cinderella pula telah memotong tumit kakinya.
Dua ekor burung merpati telah dihantar oleh roh ibu Cinderella yang telah meninggal dunia untuk memberi petunjuk kepada putera – darah kedua-dua kakak Cinderella terdapat pada kasut kaca.
Pada hari perkahwinan Cinderella dan putera, burung-burung merpati tersebut datang kembali dan telah mematuk keluar mata kedua-dua kakaknya.
Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah dongeng yang versi asalnya adalah sangat berbeza dengan versi yang kita tahu. Jadi sekarang kita tahu, ‘Not every life and story definitely ends with a happy ending‘.
Sumber: list 25 dan The Huffington Post
Foto Paparan Utama: The Mindtrap