Ini Versi Asal 4 Filem Animasi Kegemaran Kita Semua

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Kami kongsikan empat kisah benar yang agak tragis dan menyeramkan filem-filem animasi terbitan Walt Disney menerusi artikel ini:

1. Sleeping Beauty (1959)

Sleeping Beauty mengisahkan bagaimana Aurora terkena sumpahan ahli sihir untuk tidur selama-lamanya sekiranya jari baginda tercucuk jarum mesin jahit. Sumpahan itu berakhir selepas dikucup oleh seorang putera raja bernama Phillip.

Sekiranya anda pernah membaca versi asal Sleeping Beauty yang ditulis oleh Italo Calvino, Aurora sebenarnya tidak disumpah oleh mana-mana ahli sihir.

Aurora bagaimanapun dipaksa tidur oleh ibunya sendiri dengan memberinya makan ubat tidur. Tidak berhenti di situ, putera raja yang sepatutnya menyelamatkan Aurora memperkosa baginda sehingga puteri raja itu melahirkan dua orang anak ketika tidur.

Apa yang lebih kejam ialah neneknya mengambil nyawa anak-anak tersebut untuk dihidangkan kepada bapa Aurora.

2. Pinocchio (1940)

Sumber: The Guardian

Pinocchio mengisahkan patung kanak-kanak yang diperbuat daripada kayu oleh seorang lelaki bernama Geppetto. Patung itu kemudiannya dihidupkan oleh kuasa magis pari-pari yang berjanji akan menjadikannya manusia sekiranya dia menjadi seorang yang berani dan boleh dipercayai. Sekiranya Pinocchio menipu, hidungnya akan menjadi panjang.

Carlo Collodi menggambarkan Pinocchio sebagai seorang kanak-kanak yang jahat dalam versi asal. Pinocchio sangat jahat sehingga bapanya sendiri tidak mahu mengaku dia sebagai seorang anak.

Pinocchio turut digambarkan sebagai seorang yang suka membuat masalah di kawasan sekitar. Dia juga sering menipu dan tidak boleh diharap. Atas sebab itu, orang ramai benci Pinocchio sehingga kanak-kanak itu ditangkap dan digantung.

3. Pocahontas (1995)

Satu-satunya filem animasi Disney yang mengambil inspirasi daripada kisah benar, Pocahontas mengisahkan seorang gadis anak orang asli yang jatuh cinta kepada seorang pegawai British bernama John Smith. Percintaan mereka bagaimanapun ditolak kerana perbezaan darjat.

Berbeza dengan apa yang dipaparkan dalam filem, Pocahontas sebenarnya telah diculik oleh seorang kapten British dan dibawa ke England untuk dijadikan tahanan.

Pocahontas diculik kerana bapanya telah memenjarakan seorang pegawai British. Wanita itu kemudiannya dijadikan hamba abdi dan namanya ditukar kepada Rebecca.

4. Cinderella (1950)

Cinderella mengisahkan seorang gadis yang sering dianiaya oleh ibu tiri dan dua orang kakak tirinya. Pada suatu hari, seorang pari-pari telah datang kepada Cinderella dan mengubah penampilan wanita berkenaan.

Pari-pari itu turut memberinya sepasang kasut kaca untuk menghadiri majlis tarian di sebuah istana. Ketika berada di sana, Cinderella telah menambat hati seorang putera raja dan terpaksa balik tepat pukul 12 pagi sebelum bajunya berubah.

Semasa melarikan diri, kasut gadis itu telah tertanggal dan menyebabkan putera raja menjelajah seluruh negeri untuk mencari Cinderella.

Mengikut versi asal Grimms, ibu tiri Cinderella menyuruh kedua-dua kakak tiri Cinderella memotong kaki mereka agar dapat memuatkan kaki ke dalam kasut kaca itu.

Semasa di majlis perkahwinan Cinderella, burung-burung yang menemani Cinderella telah mematuk mata kedua-dua kakak tirinya kerana melakukan kejahatan kepada wanita tersebut.

Walaupun kisah benar filem-filem animasi berkenaan cukup tragis dan sisi gelap, pihak Walt Disney telah mengubahnya supaya ia sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

Penulis:

  • NoorAida Izzati Jasni adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan filem animasi, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca