Ini Tradisi Sambutan Unik Aidiladha Di 4 Buah Negara

Umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari ini. Sekiranya di Malaysia, umat Islam menyambut perayaan Aidiladha dengan acara penyembelihan korban seperti lembu dan kambing. Bagaimana pula dengan negara-negara lain?

Kami akan kongsikan bagaimana Hari Raya Aidiladha disambut di empat buah negara lain menerusi artikel ini:

1. Pakistan

Sumber: Arab News

Untuk sambutan Aidiladha, kerajaan Pakistan memberikan empat hari cuti umum. Golongan wanita akan mengenakan inai dengan rekaan unik dan memakai tudung berwarna-warni sebelum ke masjid.

Kaum lelaki pula memakai salwar kameez tradisional dan minyak atar sebelum ke masjid.

2. Kazakhstan

Umat Islam di Kazakhstan turut menyambut Aidiladha dengan mengadakan acara korban dan rumah terbuka seperti di Malaysia.

Walau bagaimanapun, mereka juga akan turun ke jalanan untuk menghulurkan bantuan seperti makanan dan derma kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Selain itu, umat Islam di Kazakhstan juga menyambut Hari Raya Aidiladha dengan bertukar hadiah antara ahli keluarga.

3. Mesir

Sumber: Insider

Sekiranya anda mahu tahu, umat Islam di Mesir menyambut Aidiladha seperti sebuah festival. Kanak-kanak di Kaherah akan bermain pelbagai jenis permainan dan turut menerima belon berwarna-warni secara percuma.

Namun, apa yang paling menarik ialah para jemaah akan mendirikan solat di bawah kumpulan besar belon di Masjid El-Seddik yang terletak di ibu negara Mesir.

Untuk pengetahuan anda, kumpulan besar belon itu akan dilepaskan di masjid berkenaan selepas selesai solat.

4. Maghribi

Aidiladha turut disambut dengan sangat meriah di Maghribi. Walaupun cuti umum diberikan, ramai orang yang tidak mengambil cuti.

Suasana terasa begitu ‘hidup’ ketika Aidiladha. Hal ini demikian kerana kanak-kanak dan orang dewasa mengerumuni jalan serta lorong di kampung atau bandar.

Berbeza dengan Aidilfitri, anda boleh mendengar letupan bunga api ketika Aidiladha. Tabla pula dimainkan untuk mengiringi laungan takbir.

Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua orang yang menyambut perayaan ini dan anda dinasihati untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Aidiladha, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca