Ini Senarai Filem Yang Bakal Ditayangkan Jika Pawagam Dibuka Mulai Julai

Seluruh pawagam di Malaysia dijangka akan dibuka mulai Julai ini selepas penutupannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan yang bermula pada hujung Mac lalu. 
 
Memetik laporan The Star, tiga filem antarabangsa yang paling dinanti-nanti seperti The Purge 5, Tenet dan Mulan sudah mendapat tarikh tayangannya iaitu pada Julai ini. 
 
Melalui satu hantaran Facebook yang dimuat naik oleh salah satu pawagam terkenal iaitu Golden Screen Cinemas (GSC), pihak mereka sudah mula memberi bayangan bahawa pawagam akan dibuka semula mulai Julai dengan mempromosikan filem terbaru arahan Christopher Nolan yang berjudul Tenet.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke pawagam semula.

Para kaki pawagam harus bersedia dengan gaya hidup baru dan diharapkan pihak pawagam mengikuti langkah-langkah pencegahan COVID-19 seperti mengamalkan penjarakan sosial antara penonton dan sebagainya. 

Berikut merupakan senarai tarikh baharu filem antarabangsa yang dijangka keluar bermula pertengahan tahun 2020:

  1. Tenet –  16 Julai 
  2. Mulan –  23 Julai
  3. Wonder Woman 1984 – 13 Ogos
  4. A Quiet Place 2 – 3 September
  5. The Conjuring: The Devil Made Me Do It – 10 September
  6. The King’s Man – 17 September 
  7. Death On The Nile –  8 October
  8. G.I. Joe Snake Eyes – 22 Oktober
  9. Black Widow – 5 November
  10. Godzilla Vs Kong – 19 November
  11. Soul – 19 November 
  12. No Time To Die – 26 November
  13. Free Guy – 10 Disember
  14. Dune – 17 Disember
  15. Top Gun Maverick – 24 Disember

Untuk baca artikel lain berkenaan filem, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca